Kuarantin wang di Saudi

RIYADH: Bukan sahaja manusia tetapi wang juga dikuarantin. Itu langkah yang  dilakukan Arab Saudi untuk kuarantin wang syiling dan kertas yang diterima di negara itu sama ada daripada rakyat tempatan atau dari luar negara.

Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), seperti dilaporkan media tempatan, langkah itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini SAMA telah mensterilkan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.

“Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang,” kata SAMA dalam satu video promosi yang menjelaskan prosedur mereka

Tambahnya, semua wang tersebut akan ditempatkan dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan di situ selain menyusun semua wang kertas untuk memastikan kualiti dan kebersihannya.

“Kami kemudiannya akan mengasingkan wang kertas tersebut mengikut piawaian dan menghapuskan wang kertas yang kotor dan tidak menepati standard.

“Kami juga telah mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan wang digunakan berada dalam keadaan bersih,” katanya.

Related posts

Leave a Comment