MJM haramkan vape sedang dimuktamad

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Perincian Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perincian berhubung memorandum itu tidak dapat didedahkan lagi kerana belum dibentangkan kepada Kabinet.

“Kita sedang merangka MJM dengan sangat intensif. Perkara ini bukan lagi “jika” sebaliknya bila kita akan haramkan. Semua itu dalam perangkaan, tetapi saya tidak boleh mendahului Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikin ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI) peringkat Hospital Pakar PUSRAWI, di sini, hari ini.

Semalam, Dr Dzulkefly, berkata Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan.

Katanya pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat, bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk.

Sementara itu, mengenai program PenyusuanSusu Ibu, Dr Dzulkefly, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk meningkatkan peratusan hospital swasta yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (BHFI) kepada 100 peratus.

Katanya, ketika ini semua 128 buah hospital kerajaan berjaya meraih pengiktirafan BFHI dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanapun, hanya 32 iaitu 17.2 peratus daripada 180 buah hospital swasta

mencapai pengiktirafan BFHI.

“Ketika ini sebanyak 20 daripada 30 hospital di bawah KPJ dan juga Hospital Pusrawi adalah BHFI,” katanya yang mengharapkan lebih banyak hospital swasta lain akan mengikuti program ini kerana pelaburannya tidak besar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment