Makkah catat 557 kes

ARAB Saudi merekodkan 2,736 kes baharu koronavirus Covid-19 ketika negara itu berusaha meningkatkan keupayaan ujiian antara 15,000 hingga 18,000 sehari.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes adalah 54,752 sementara 10 orang yang meninggal dunia melibatkan pelbagai warganegara.

Mereka yang berumur antara 26 hingga 60 tahun tinggal di Jeddah, Madinah, Kharj, Makkah, Riyadh, dan Nairyah .

Kes baharu pula melibatkan 22 peratus wanita manakala 60 peratus bukan warga tempatan.

Sementara itu, Makkah mencatat kes tertinggi iaitu 557 kes diikuti Riyadh 488, Madinah 392, Jeddah 357, Dammam 286 dan Hulof 149.

Related posts

Leave a Comment