682 kes baharu di Singapura

INDONESIA dalam tempoh 24 jam merekodkan 489 kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes meningkat kepada 17,514 kes, dengan 59 lagi kematian.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian meningkat kepada 1,148 orang.

Manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu seramai 35,800 orang.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (194 kes), Jawa Barat (110), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah lain Indonesia.

SINGAPURA mengesahkan 682 kes baharu Covid-19, dengan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Data awal setakat mencatatkan jumlah kes di republik ini seramai 28,038 orang.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan mengumumkan peningkatan yang banyak itu melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing.

Singapura mengklafikasi kes kepada 1,306 kes komuniti, 580 kes import, 361 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 25,109 kes pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Di THAILAND, tiga kes baharu dan sifar kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan 3,028 kes dengan 56 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata tiga kes baharu itu dikesan di sebuah kemudahan kuarantin negeri melibatkan pelajar Thailand berusia 21 hingga 23 tahun, seorang yang kembali dari Pakistan dan dua lagi dari Mesir awal bulan ini.

Daripada 3,028 kes, sebanyak 1,183 kes dikaitkan dengan kontak rapat dengan kes yang disahkan sebelum ini manakala kluster berisiko (284 kes), kluster stadium tinju (276 kes), rakyat Thailand yang kembali  dari luar negara (270 kes) serta kluster outlet hiburan (226 kes).

Sehingga kini seramai 2,856 individu yang diuji positif telah sembuh manakala 116 masih dirawat.

Jabatan Kesihatan FILIPINA pula melaporkan sehingga 4 petang ini, 208 kes baharu disahkan menjadikan jumlah 12,513.

Pada masa yang sama tujuh kematian direkodkan menjadikan 824 kes sementara jumlah kes pulih meningkat kepada 2,635 berikutan 74 lagi pulih.

Sementara itu BRUNEI DARUSSALAM tidak merekodkan sebarang kes positif atau kematian. Setakat ini, kes positif kekal 141 serta satu kematian. Jumlah sembuh pula  136 dan empat sedang dirawat.

Related posts

Leave a Comment