Makkah catat 557 kes

ARAB Saudi merekodkan 2,736 kes baharu koronavirus Covid-19 ketika negara itu berusaha meningkatkan keupayaan ujiian antara 15,000 hingga 18,000 sehari. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes adalah 54,752 sementara 10 orang yang meninggal dunia melibatkan pelbagai warganegara. Mereka yang berumur antara 26 hingga 60 tahun tinggal di Jeddah, Madinah, Kharj, Makkah, Riyadh, dan Nairyah . Kes baharu pula melibatkan 22 peratus wanita manakala 60 peratus bukan warga tempatan. Sementara itu, Makkah mencatat kes tertinggi iaitu 557 kes diikuti Riyadh 488, Madinah 392, Jeddah 357, Dammam 286 dan Hulof 149.

Read More

682 kes baharu di Singapura

INDONESIA dalam tempoh 24 jam merekodkan 489 kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes meningkat kepada 17,514 kes, dengan 59 lagi kematian. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian meningkat kepada 1,148 orang. Manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu seramai 35,800 orang. Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (194 kes), Jawa Barat (110), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah lain Indonesia. SINGAPURA mengesahkan 682 kes baharu Covid-19, dengan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap. Data awal setakat mencatatkan jumlah…

Read More

Imam Tarawih dari Makkah

SEJAK 2011, setiap kali Ramadan, imam dari Makkah akan diundang bagi mengimamkan solat sunat Tarawih lapan rakaat di Surau Al-Huda Utusan Melayu di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dan kemudiannya di Jalan Utusan. Undangan itu secara tidak langsung memberi peluang para petugas yang bekerja dapat merasai suasana di masjid dan surau yang sering menampilkan imam dari luar terutama melibatkan negara Palestin, Syria dan Mesir. Bagi Surau Al-Huda Utusan, bukan sahaja imam dalam kalangan pekerja seperti Kamsari Nor dan Radzi Zin memimpin solat tetapi juga ramai imam jemputan tempatan…

Read More

22 kes positif Covid-19

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan  22 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes 6,894. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu lima kes merupakan kes import manakala 17 melibatkan penularan tempatan. Selain itu, terdapat 59 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 5,571 kes atau 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jumlah kes aktif kebbolehjangkiatan adalah 1,210 kes. Sementara itu jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 113 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Read More

Bakal jemaah berlapang dada

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersyukur kerana bakal jemaah haji Singapura  memahami keputusan sukar menangguhkan ibadah haji tahun ini. Dalam satu catatan di Facebook beliau semalam, Masagof Zulkifli berkata, walaupun kecewa dan sedih, mereka berlapang dada menerima nasihat Mufti dan Majlis Fatwa demi keselamatan dan kesejahteraan jemaah dan rakyat Singapura. “Kepada para jemaah yang terjejas, semoga hasrat anda untuk menunaikan ibadah haji akan dikabulkan di dalam suasana yang lebih aman dan selamat. “Dan Allah menambah pahala tuan-puan atas kesabaran menghadapi cubaan pada bulan Ramadan dan…

Read More

4.6 juta dijangkiti Covid-19

SETAKAT pukul 8 pagi ini waktu tempatan, data Johns Hopkins University mencatatkan 4.6 juta kes jangkitan di sekuruh dunia manakala jumlah kematian meningkat kepada 311,000. Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 1.46 juta kes dan kematian 88,675. Lima negara lain mempunyai kes positif melebihi 200,000 kes iaitu Rusia 272,043, United Kingdom 241,455,  Brazil 232,376, Sepanyol  230,698 dan Itali 224,760. Negara yang merekodkan lebih 100,000 kes pula ialah Perancis  179,630, Jerman 175,752,  Turki 148,067 dan Iran 118,392. Sementara itu, India mencatatkan 90,648 kes, Peru 88,541, China 84,038, Kanada 77,201, Belgium 54,989 dan Saudi…

Read More