7 kembali dari Pakistan positif

THAILAND kembali mencatat kes baharu apabila tujuh kes dilaporkan hari Jumaat tetapi sifar kematian. Rabu lalu, tiada kes dilaporkan sementara semalam satu kes dicatatkan..

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, kes kematian kekal 56 sementara jumlah kes 3,025.

Kes baharu yang dicatatkan adalah mereka yang baru pulang dari Pakistan pada 7 Mei lalu dan telah dikuarantin.

SINGAPURA mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891.

Data awal pada tengah hari Jumaat menunjukkan hanya satu kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap sementara selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,326 sebagai kes komuniti, 580 kes dari luar, 434 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 23,758 kes pekerja asing yang tinggal di asrama. 

Dalam laporan penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata bilangan kes baharu telah menyusut kepada purata lima kes sehari minggu lepas daripada purata lapan kes sehari pada minggu sebelumnya,

Pada masa ini, sejumlah  5,973 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj dari hospital dan fasiliti penjagaan komuniti.

Sementara itu 1,072 kes yang disahkan buat masa ini masih berada di hospital dengan 20  ditempat di unit rawatan rapi dan 21 meninggal dunia.

INDONESIA merekodkan 490 kes baharu Covid-19 menjadikan 16,496 kes, sementara 33 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,076 orang.

Jumlah pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 34,360 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (178 kes), Jawa Barat (100), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

JABATAN kesihatan FILIPINA melaporkan sehingga pukul 4 petang 15 Mei, sebanyak 215 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 12,091.

Bagi tempoh yang sama, 16 kematian dilaporkan menjadikn kes kematian sebanyak 806.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 2,460 setelah 123 lagi kes pulih.

Related posts

Leave a Comment