Indonesia, Filipina catat peningkatan kes

INDONESIA merekodkan 16 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 1,007 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 484 kes positif baharu dilaporkan menjadikan 14,749. Sebanyak 31,147 pesakit masih lagi dalam pengawasan virus itu. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 443 kes, diikuti Jawa Timur (155 kes), Jawa Barat (98) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. Sementara itu, THAILAND melaporkan dua kes baharu tanpa kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes positif…

Read More

1,911 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,911 kes koronavirus Covid-19 dan sembilan kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 42,925 dan 264 kematian. Jurucakap Kementerian Kesihatan Mohammed al-Abd al-Ali memberitahu, kes baharu itu melibatkan 69 peratus bukan warganegara manakala 82 peratus melibatkan kaum lelaki. Daripada sembilan kematian, hanya dua melibatkan warganegara tempatan dan kes dilaporkan di Makkah, Jeddah dan Wadi ad-Dawasir.mmereka berumur antara 29 dan 64 tahun. Jumlah kes pulih adalah 2,520 menjadikan kes sembuh sebanyak 15,257. Sementara itu Riyadh melaporkan 443 kes diikuti Makkah 407, Jeddah 306 dan Madinah 176. Mohammed al-Abd al-Ali menggesa…

Read More

16 kes, catatan terendah

PUTRAJAYA : Kes terendah dengan rekod 16 kes baharu Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Itu catatan yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini adalah 6,742 kes, menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu adalah 1,410 kes. Daripada jumlah kes positif baharu itu, sembilan kes adalah dalam kalangan bukan warga Malaysia dan tiga kes import dengan 13 kes penularan tempatan. Tiada kematian dilaporkan dan jumlah keseluruhan kematian adalah 109. Sementara itu,  110 pesakit Covid-19 pulih…

Read More

Fasa amaran berakhir

TIADA lagi nasihat dan amaran. Fasa itu sudah berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan undang-undang. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan di bawah PKPB atau berhadapan pengenalan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini. Beliau berkata ini ekoran Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan banyak kes ketidakpatuhan terhadap peraturan dan SOP sewaktu pemeriksaan dijalankan di seluruh negara. “PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap…

Read More

Kedah pula ‘tumbang’

GILIRAN Kedah. Selepas Perak, Johor dan Melaka, akhirnya Kedah pula ‘tumbang’, berubah dari penguasaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN). Ini berikutan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari PKR , mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas, serta menyatakan sokongan kepada PN. Keputusan ADUN Lunas Azman Nasrudin, dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee itu menyebabkan kerajaan negeri  pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PH yang diterajui Menteri Besar, Mukhriz Tun Mahathir, hilang majoriti . Tindakan Azman dan Ling menyebabkan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan…

Read More

Kekalkan tahap kewaspadaan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengulangi amaran supaya mengekalkan tahap kewaspadaan tertinggi ketika membuat keputusan melonggarkan sekatan di negara masing-masing. Pakar Kesihatan Kecemasan WHO Dr. Mike Ryan, berkata wujud risiko Covid-19 menular kembali ketika banyak negara mula melonggarkan sekatan termasuk beberapa negara Eropah. Menjawab soalan wartawan pada sidang media di Geneva, pada 11 Mei,  beliau merujuk kepada kes termasuk di Jerman, bandar Wuhan di China, dan Korea Selatan dengan kes seorang pengunjung kelab malam dikaitkan dengan 85 kes baharu. “Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain,…

Read More

4.16 juta kes, 285,000 korban

UMLAH kes positif Covid-19 di seliruh dunia meningkat kepada lebih 4.16 juta kes manakala kematian pula bertambah sebanyak 3,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan 285,000 kes. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.34 juta sementara angka korban di negara itu melebihi 80,000 kes. Empat negara lain mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Sepanyol 227,436, United Kingdom (UK) 224,329, Rusia 221,344 dan Itali 219,814 Ini diikuti lima negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 177,547,…

Read More