10 negara lebih 100,000 kes

SEPULUH buah negara merekodkan lebih 100,000 kes positif Covid-19 di mana Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih 1 juta, tiga negara melebihi 200,000 kes dan enam negara mencatatkan lebih 100,000 kes.

Jumlah kes seluruh dunia dalam tempoh 24 jam telah melepasi 3.7 juta, iaitu pertambahan lebih 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Iran negara terbaru melepasi 100,000 kes dengan merekodkan 101,000 kes manakala AS mencatatkan 1.2 juta.

Sepanyol menduduki tempat kedua dengan 219,000 kes, Itali 214,000 dan United Kingdom (UK) 202,000.

Tiga negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Perancis 170,000, Jerman 167,000, Rusia 165,000, Turki 131,000; Brazil 121,000 dan Iran 101,000 kes.

Sementara itu, angka korban terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam menjadikan kes melebihi 263,000.

Lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut dengan AS merekodkan angka korban tertinggi iaitu melebihi 70,000 kematian.

UK mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan menghampiri 30,150 kes, Itali menghampiri 30,000 kes iaitu 29,684, manakala Sepanyol 25,812 dan Perancis 25,812 kematian.

Related posts

Leave a Comment