SEPANG 19 Mei – Bekas Exco Negeri Selangor Ronnie Liu Tian Khiew percaya lima prinsip Rukun Negara tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh sebagai asas budaya politik negara. Katanya, lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan sebenarnya merupakan satu semangat kebangsaan yang lengkap. Liu berkata, sebagai seorang yang telah lama terlibat dalam perjuangan politik dan demokrasi negara, beliau amat menghargai keluhuran Perlembagaan sebagai asas utama kestabilan dan keharmonian Malaysia. “Sebagai lambang penghormatan terhadap prinsip…
Read MoreDay: May 19, 2026
Kuasa Raja terhad – Tony Pua
SEPANG 19 Mei – Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tony Pua menegaskan, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Ini kerana menurut bekas Ahli Parlimen Damansara itu, undang-undang digubal di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh wakil yang dipilih rakyat. Katanya, semua perkara tersebut adalah selaras…
Read MorePN gesa ADUN Seri Kembangan mohon maaf
SEPANG 19 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki digesa memohon maaf secara terbuka, tanpa syarat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta rakyat negeri itu atas kenyataannya yang menimbulkan keresahan awam serta mencetuskan ketegangan yang tidak sewajarnya. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohamed Azmin Ali yang membuat gesaan itu juga menggesa Menteri Besar selaku Ketua Majlis bagi Dewan Negeri Selangor mengambil tindakan tegas terhadap Siew Ki termasuk merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor. “Ini mustahak memandangkan Sultan Selangor adalah salah…
Read MorePas gesa Speaker DUN Selangor letak jawatan
SHAH ALAM 19 Mei – Pemuda Pas Selangor menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Lau Weng San meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat. “Justeru,…
Read MoreSPM kekal asas kemasukan ke IPTA
KUALA BERANG 19 Mei – Kelayakan asas kemasukan ke universiti awam (IPTA) masih berpaksikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata keputusan berkenaan sudah dimuktamadkan di peringkat Jemaah Menteri dan menjadi asas utama dalam sistem kemasukan pelajar ke IPTA melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Online. “Selagi saya jadi menteri, saya tidak akan benarkan pendidikan tanpa ada asas SPM. Tidak kiralah ada yang belajar di sekolah ini ke sekolah itu ke, asasnya nak masuk ke UPU tetap perlu ada SPM,” katanya. Beliau berkata demikian…
Read MoreADUN Seri Kembangan kunjungilah Dataran Selangor
SEPANG 19 Mei – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru semua wakil rakyat negeri ini berkunjung ke Dataran Selangor dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara pada Plak Monumen di situ. Khusus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, baginda menyarankan supaya datang seminggu sekali ke Dataran Selangor. “Datanglah seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada…
Read MoreTidak timbul BN khianati Kerajaan Perpaduan
SEPANG 19 Mei – Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan bahawa gabungan itu mengkhianati Kerajaan Perpaduan susulan keputusan BN Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir berkata, persefahaman dan asas pembentukan kerajaan Perpaduan adalah atas tanggungjawab kenegaraan untuk mengelakkan negara terheret dalam polemik politik berpanjangan. “Persefahaman ini disepakati hingga mandat berakhir. Justeru tidak timbul persoalan Barisan Nasional mengkhianati Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, BN akan terus memainkan peranan memelihara…
Read MoreBerita pilihan…
Amaran ILO akibat konflik berlarutan
GENEVA – Laporan terbaharu Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengeluarkan amaran bahawa konflik berlarutan di Asia Barat memberi kesan langsung terhadap pekerjaan, gaji dan kos sara hidup di seluruh dunia. Konflik berpanjangan itu berisiko menyebabkan jutaan pekerjaan terjejas dan menurunkan pendapatan pekerja pada 2026 dan 2027, termasuk pekerja migran yang bergantung kepada kiriman wang ke negara asal. Laporan itu menyatakan kenaikan kos tenaga, gangguan pengangkutan, tekanan terhadap rantaian bekalan global, kelembapan sektor pelancongan dan pengurangan tenaga kerja migran mula membebankan ekonomi dunia. ILO meramalkan pendapatan global menyusut sebanyak 1.1 peratus tahun…
Read MorePBB bimbang pembersihan etnik
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlakunya pembersihan etnik di seluruh wilayah Palestin dan Tebing Barat yang diduduki. Justeru, PBB menggesa Israel menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di mana menurut laporan bahawa perang Israel di wilayah Gaza itu adalah genosid, dengan hampir 73,000 orang dilaporkan terbunuh. Laporan yang menyiasat tindakan ketenteraan Israel sehingga Mei 2025 dan diterbitkan oleh Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, merumuskan, Israel melakukan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang dalam banyak kes mungkin bersamaan dengan jenayah perang serta kekejaman lain. Menurut…
Read More