Tiada PRK Pandan, Setiawangsa

KUALA LUMPUR 20 Mei – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, mengisytiharkan berlaku kekosongan di kedua-dua kerusi berkenaan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Ramlan Harun, berkata pihaknya sudah menerima pemakluman daripada Johari melalui surat bertarikh hari ini berhubung status kekosongan luar jangka itu. “Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut. “Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian…

Read More

Hati tersentuh baca semula Rukun Negara

SHAH ALAM 20 Mei – Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew benar-benar tersentuh ketika membaca semula Rukun Negara, semasa beliau mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor hari ini. “Hari ini, atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, saya telah hadir sendiri ke Dataran Selangor untuk membaca semula serta menghayati dengan lebih mendalam Rukun Negara,” katanya menerusi Facebook. Liu memaklumkan, kunjungan itu menyedarkannya apa yang ditinggalkan oleh pengasas negara bukan sekadar beberapa rangkap kata tetapi suatu kebijaksanaan negara yang lahir daripada pengalaman pahit dan luka besar pernah…

Read More

Siew Ki junjung tinggi titah Sultan Selangor

SEPANG 20 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berhubung menghayati makna Rukun Negara. Siew Ki menerusi hantaran di Facebook, berkata sebagai wakil rakyat, prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama dalam memikul amanah serta berkhidmat untuk seluruh rakyat. “Patik menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sebagai wakil rakyat, prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama patik dalam memikul amanah serta berkhidmat untuk…

Read More

Iran sedia musnahkan pesawat AS

TEHRAN – Iran bersedia memusnahkan lebih banyak pesawat Amerika Syarikat (AS) sekiranya konflik antara kedua-dua negara tercetus semula, kata Menteri Luar, Abbas Araghchi. Beliau berkata Iran telah memperoleh pengalaman dan keupayaan baharu sepanjang konflik sebelum ini, yang menurutnya akan menghasilkan “lebih banyak kejutan” sekiranya peperangan berulang. “Dengan pengajaran yang dipelajari dan pengetahuan yang diperoleh, kembalinya perang akan menampilkan lebih banyak kejutan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau turut mendakwa bahawa angkatan tentera Iran berjaya menjatuhkan pesawat pejuang canggih F-35 milik AS, sekali gus menyifatkannya sebagai pencapaian ketenteraan penting. Menurut Araghchi, kejayaan…

Read More

Ebola merebak lebih pantas

KINSHASA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyuarakan kebimbangan terhadap “skala dan kelajuan” wabak Ebola, yang kini diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa. Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo) dipercayai merebak lebih pantas daripada jangkaan awal, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu dalam kalangan pakar kesihatan global. Setakat ini, wabak tersebut dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 131 hingga 136 nyawa di DR Congo, dengan lebih 513 kes disyaki direkodkan manakala , satu kematian dilaporkan di negara jiran Uganda, menandakan penyebaran rentas sempadan yang semakin membimbangkan. Seorang pegawai…

Read More