Kes di Singapura meningkat

SINGAPURA mencatatkan 932 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk lima kes melibatkan warga tempatan atau penduduk tetap negara itu sementara sebahagian besar adalah penghuni asrama.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan memberitahu, jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 17,101.

Semalam, daripada 16,169  kes , Singapura mengklasifikasikan 1,201 daripadanya sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 555 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Sementara itu, pekerja asing di asrama merupakan kira-kira 85 peratus atau 13,842 kes daripada jumlah keseluruhan.

THAILAND pula melaporkan enam kes baharu Covid-19 yang menyaksikan negara itu mencatat angka satu digit selama lima hari berturut-turut menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 2,960 dengan 54 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata satu kes dikesan di Bangkok membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun yang berkunjungi ke sebuah pasar manakala lima lagi di Bannang Sata, Yala di selatan Thailand yang merupakan kontak rapat seorang pesakit yang kembali dari Malaysia. 

Hari ini 32 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih setakat ini ialah 2,719 orang manakala 187 lagi masih dirawat di hospital.

Terdapat 42 daripada 77 wilayah di negara ini yang tidak melaporkan kes baharu dalam tempoh 28 hari lepas.

Di INDONESIA, kes positif Covid-19 meningkat kepada 10,551 dengan jumlah kematian kini mencecah 800.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata sebanyak lapan lagi kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, (terdapat) sebanyak 433 lagi tambahan kes positif baharu.

Sebanyak 22,123 pesakit masih berada dalam pengawasan bagi jangkitan virus itu.

Di FILIPINA, setakat pukul 4 petang, Jabatan Kesihatan melaporkan 284 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,772.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan menjadikan 579 kes sementara  41 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 1,084.

Sementara itu di BRUNEI DARUSSALAM, jumlah kes adalah 138 seperti semalam qpabila tidak ada kes baharu dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment