Kes meningkat di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,344 kes baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 24,097.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, dalam tempoh 24 jam, tujuh kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 168. Enam daripada mangsa bukan rakyat tempatan, dan mereka berusia antara 46 dan 75 tahun.

Katanya, 83 peratus kes melibatkan pelbagai warganegara sementara bakinya melibatkan warga tempatan.

Menurut jurucakap itu, kurang daripada satu peratus pesakit yang dijangkiti meninggal dunia manakala 3,555 sembuh.

Sementara itu, Riyadh mendahului dengan 282 kes, Madinah 237, Makkah 207, Jubail 171 dan Jeddah 142.

Related posts

Leave a Comment