Kes meningkat di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,344 kes baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 24,097. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, dalam tempoh 24 jam, tujuh kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 168. Enam daripada mangsa bukan rakyat tempatan, dan mereka berusia antara 46 dan 75 tahun. Katanya, 83 peratus kes melibatkan pelbagai warganegara sementara bakinya melibatkan warga tempatan. Menurut jurucakap itu, kurang daripada satu peratus pesakit yang dijangkiti meninggal dunia manakala 3,555 sembuh. Sementara itu, Riyadh mendahului dengan 282 kes, Madinah 237, Makkah 207, Jubail 171 dan Jeddah 142.

Read More

Kes di Singapura meningkat

SINGAPURA mencatatkan 932 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk lima kes melibatkan warga tempatan atau penduduk tetap negara itu sementara sebahagian besar adalah penghuni asrama. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan memberitahu, jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 17,101. Semalam, daripada 16,169  kes , Singapura mengklasifikasikan 1,201 daripadanya sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 555 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama. Sementara itu, pekerja asing di asrama merupakan kira-kira 85 peratus atau 13,842 kes daripada jumlah keseluruhan. THAILAND pula melaporkan enam kes baharu Covid-19 yang menyaksikan negara itu mencatat angka satu…

Read More

Lepak di restoran Pak Salleh?

APABILA Pak Salleh dibenarkan memulakan perniagaan restorannya dengan membenarkan pelanggan makan minum di situ, timbul pelbagai persoalan mengenai sejauh mana usaha kita untuk memutuskan rantaian Covid-19. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mampu mengekalkan orang ramai terus duduk di rumah sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) fasa 4 berakhir pada 12 Mei ini? Jika selama ini restoran dibuka tetapi hanya untuk dibawa pulang tetapi mulai Isnin, 4 Mei pelanggan boleh makan minum di situ. Ini yang menimbulkan kebimbangan apabila ramai yang mungkin menggunakan kelonggaran ini untuk lepak di restoran.…

Read More

69 kes baharu, satu kematian

PUTRAJAYA: KES baharu positif Covid-19 kekal pada dua angka dengan 69 kes baharu yang 12 melibatkan kes import manakala 57 lagi merupakan kes penularan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, 1 Mei jumlah kumulatif kes dalam negara adalah 6,071 kes. Menurutnya, sebanyak 39 kes telah pulih dan dibenarkan pulang dengan jumlah kumulatif sembuh  4,210 kes iaitu 69.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.  Oleh itu, jumlah…

Read More

SOP operasi restoran

RESTORAN boleh beroperasi dalam suasana normal baharu mulai 4 Mei ini. Ketika ini, hanya boleh bungkus untuk dibawa pulang tetapi Isnin ini boleh makan di restoran dengan beberapa syarat. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, ada beberapa SOP yang perlu dilaksanakan oleh pemilik restoran. Pertamanya, meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu. Setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Keduanya, buatkan garisan…

Read More

Aktiviti ramai masih dilarang

MULAI 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Beliau bagaimanapun menjelaskan, perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal tidak dibenarkan. Perniagaan atau aktiviti itu termasuklah panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran. “Aktiviti -aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain…

Read More

Jumlah kes terus meningkat

KES Covid-19 di seluruh dunia sehingga pagi ini  mencecah 3,256,570 menurut catatan Johns Hopkins University di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 1,069,534 kes. Sepanyol pula mencatatkan 213,435 kes, Itali 205,463, United Kingdom 172,481, Perancis 167,299,  Jerman 163,009, Turki 120,204, Russia 106,498, Iran 94,640 Dan Brazil 85,380. Kes kematian pula 233,363 kes yang turut didahukui AS dengan merekodkan lebih 63,530 kes diikuti  Itali 27,967, United Kingdom 26,771 Sepanyol  24,543 dan Perancis 24,376.

Read More

AKTIFKAN AKAUN 24434

SEKADAR mengenang kembali coretan di Facebook pada 1 Mei 2019 berikutan pemergian Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat.. Al Fatihah.   INGATAN AKTIFKAN AKAUN 24434 TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72. Pemergian Allahyarham kira-kira pukul 7.30 pagi tadi umpama kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti. Allahyarham meninggal dunia selepas rebah waktu Subuh tadi. Pasukan perubatan yang datang bersama ambulans cuba melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga ke Hospital Kuala Lumpur. Doktor kemudian mengesahkan pendakwah terkenal itu…

Read More