Kurang kepercayaan jadi penghalang

TEHRAN – Kurang kepercayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap republik Islam Iran masih menjadi penghalang terbesar dalam usaha menamatkan konflik di Asia Barat, kata Menteri Luar Abbas Araghchi.

Beliau berkata, rundingan damai hanya boleh diteruskan sekiranya AS benar-benar bersedia mencapai “perjanjian yang adil dan seimbang”.

Bercakap kepada media di New Delhi, India, Araghchi turut berkata, Iran terbuka menerima bantuan diplomatik daripada negara lain, khususnya China, bagi membantu meredakan ketegangan di Asia Barat.

Katanya, Beijing sebelum ini memainkan peranan penting dalam membantu memulihkan hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi.

Pada masa sama, beliau mengakui isu simpanan uranium yang diperkayakan Iran menjadi antara perkara paling rumit dalam rundingan dengan AS.

Russia sebelum ini menawarkan untuk mengambil simpanan uranium berkenaan sekiranya Iran bersedia melepaskannya, namun Araghchi berkata, cadangan itu belum dibincangkan secara aktif.

Presiden Donald Trump sebelum ini menolak cadangan terbaru pelan rundingan damai Iran dengan menyifatkannya sebagai “sampah”, walaupun Tehran dikatakan menawarkan beberapa konsesi berkaitan program nuklearnya.

Trump menegaskan AS mahu uranium diperkayakan yang dikeluarkan Iran dan menghalang negara itu daripada membangunkan senjata nuklear, manakala Tehran berulang kali menegaskan program nuklearnya hanya untuk tujuan keamanan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment