ANKARA  – Enam belas negara masih ‘selamat’ walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali.

Setakat ini tiada kes disahkan di sebahagian negara Pasifik dan rantau Afrika serta Asia.

Di Afrika, negara seperti Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat belum melaporkan sebarang kes. Manakala di Asia pula negara seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Korea Utara.

Terdapat juga beberapa negara Pulau Pasifik, yang popular sebagai destinasi pelancongan ketika waktu biasa, kelihatan belum terjejas dengan virus itu, disebabkan kedudukannya yang jauh lagi terpencil.

Negara itu termasuk Tonga, Samoa, Vanuatu, Kepulauan Cook, Niue dan Tuvalu.

Virus Covid-19 kini merebak ke sekurang-kurangnya 178 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sementara itu Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan Covid-19 daripada digunakan media tempatan atau risalah maklumat kesihatan dan menafikan penyakit itu wujud di negara mereka.

Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu juga telah memadamkan sebarang kaitan mengenai Covid-19.

Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran Covid-19. Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.

Related posts

Leave a Comment