Awas penyebar berita palsu

DALAM tempoh kerajaan menghadapi penularan wabak Covid-19, pelbagai berita atau laporan palsu tersebar melalui media sosial sehingga ia mencetuskan kegelisahan, kekeliruan serta rasa takut dan panik dalam kakangan orang tamai.

Berikutan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak polis mengambil tindakan tegas dan setakat ini 42 kertas siasatan sedang disiasat dengan 13 kertas siasatan telah dibuka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Saifuddin Abdullah menerusi laman Twitter rasminya berkata, enam daripadanya telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Beliau turut mendedahkan contoh berita palsu tersebut, antaranya:
* Dakwaan Kementerian Pertahanan akan minta bantuan veteran menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
* Nota suara yang mendakwa anggota tentera diberi kuasa pukul orang awam.
* Pemalsuan kenyataan media Majlis Keselamatan Negara .
* Dakwaan panduan mencegah COVID-19 oleh doktor Jepun.
* Dakwaan Hospital Sungai Buloh minta sumbangan kelengkapan pelindung diri bagi merawat pesakit COVID-19.
* Dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mohon sumbangan.
* Dakwaan doktor pakar di sebuah hospital di Perak meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
* Dakwaan dikenakan saman semasa sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis TTDI.
* Dakwaan Hospital Kuala Lumpur minta bantuan barangan dan dana.
* Dakwaan pesakit positif COVID19 lari dari Hospital Raja Perempuan Zainab II
Saifuddin berkata sesiapa yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Sesiapa yang menyebarkan kandungan bersifat lucah, palsu & mengancam orang lain, Saifuddin berkata, kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Terus gunakan platform sosial media dengan baik, semoga #MalaysiaBebasCovid19!” katanya. 

Related posts

Leave a Comment