10 kematian di Makaysia

KUALA LUMPUR : Malaysia telah mencatat kematian ke-10 pada hari ini susulan dua lagi kematian dilaporkan pada 22 Mac 2020.

Kematian itu melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.

Mangsa ke-10 merupakan seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang Ahad.

Manakala kes kematian ke-9 membabitkan seorang lelaki berumur 48 tahun.

Daripada 123 kes baharu, 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat untuk kepastian.

Sehingga kini, seramai 46 kes positif dirawat di ICU.

Related posts

Leave a Comment