Kitalah ‘senjata’ hadapi ‘musuh’ bernama Covid-19

HABIS @ SOLD OUT! Itu perkataan yang dapat dilihat di kebanyakan farmasi. Ia merujuk kepada penutup hidung dan mulut (mask) dan juga cecair pembasmi kuman @ sanitizer. Pada masa yang sama muncul pelbagai sanitizer bagi mengisi kekosongan  jenama ternama. Khabarnya di kedai ‘hardware’ pun ada dijual. Tidak pasti sama ada berlaku kekurangan atau pembelian panik di mana orang ramai membeli secara berlebihan sebagai persediaan menghadapi situasi yang mungkin lebih buruk. Adakah dua barangan ini akan dihadkan jualannya seperti dilakukan suatu masa dulu ‘satu kilogram gula setiap seorang?’ Adakah dengan kehabisan…

Read More

190 kes baharu Malaysia

KUALA LUMPUR : Sebanyak 190 kes baharu, kebanyakannya berkait dengan kluster perhimpunan tabligh dilaporkan positif Covid-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan sedang giat menjalankan penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan itu serta menyeru peserta terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran. Peserta akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 mengikut mana yang terkemudian. “Begitu juga untuk…

Read More

“Kami mahu keluar dari Itali”

RASA simpati membaca luahan rakyat Malaysia dari Taiping, Perak, Norul Ridzuan Zakaria, 50 yang kini ‘terperangkap’ di Itali, negara di luar China yang setakat ini mencatatkan kematian tertinggi akibat wabak Covid-19. “ Kami mahu pulang ke Malaysia, keadaan di sini (Itali) tidak terkawal dengan jumlah mereka yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat secara mendadak,” katanya. Beliau merayu kerajaan Malaysia mengeluarkan segera rakyat Malaysia di Itali, kerana kebanyakan hospital sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit akibat terlalu ramai yang dijangkiti wabak. Angka kematian akibat wabak Covid-19 di Itali menyaksikan…

Read More

Darurat 15 hari di Sepanyol

MADRID: Sepanyol akan melaksanakan perintah berkurung terhadap 47 juta penduduknya secara separa dengan mengenakan darurat selama 15 hari bagi memerangi wabak Covid-19. Perdana Menteri Pedro Sanchez dalam ucapan menerusi siaran televisyen di seluruh negara semalam (Sabtu) berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja usaha untuk mengurangkan kesan akibat wabak itu. Katanya, seluruh warga Sepanyol perlu tinggal di rumah kecuali untuk membeli makanan, ubat-ubatan, ke hospital atau bekerja atau menguruskan hal kecemasan lain, dengan beberapa had kebebasan bergerak bermula pada Sabtu. Jelasnya, premis seperti bar, restoran, kedai-kedai menjual apa-apa barangan selain makanan…

Read More