Biar gambar berbicara

COVID-19 yang semakin merebak meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan harian. Sesetengah bandar utama lengang. Kawasan pelancongan sepi. Pusat membeli-belah ketiadaan pengunjung. Ada juga yang hilang pekerjaan atau terpaksa bercuti apabila produktiviti terjejas. Banyak acara yang melibatkan sukan, persidangan .dan sebagainya terpaksa ditunda atau dibatalkan. Sekolah dan universiti ditutup. Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang biasanya tidak putus-putus menerima tetamu juga dihadkan kehadiran jemaah. Begitulah kesan Covid-19 yang pastinya akan memberi kesan terhadap ekonomi. Gambar muka depan beberapa akhbar dunia ini dapat ‘menceritakan’ apa yang sedang berlaku.

Read More

Kematian hampir 5,000

KES kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa apabila angka rasmi setakat  pukul 11 pagi Jumaat, menunjukkan 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif Covid-19 mencecah 134,702 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 70,381 pesakit telah sembuh daripada wabak tersebut. Bagaimanapun setakat 5 petang, angka yang ditunjukkan oleh thebaselab menunjukkan kematian 4,981 orang manakala angka cna sebanyak 4,969 kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Virus…

Read More

Faizal kekal MB Perak

IPOH: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengangkat sumpah jawatan  sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di bawah pentadbiran kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN). Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran PH terbubar selepas Ahmad Faizal melepaskan jawatan Menteri Besar Perak ke-12 pada 10 Mac lalu. Sehari sebelum itu, PN mengumumkan mempunyai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus…

Read More

Tiada solat Jumaat di Perlis

TIADA solat Jumaat di Perlis hari ini. Keputusan itu dibuat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berikutan wabak Covid-19. Menurut kenyataan MAIPs yang ditandatangani oleh Raja Muda Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing. “ Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan yang meminta agar perhimpunan berskala besar termasuk aktiviti agama hendaklah dielakkan,” kata kenyataan itu. Raja Muda yag juga Yang Dipertua MAIPs meminta pengurusan masjid di Perlis  mengelakkan…

Read More

Singapura tutup masjid

JIKA kerajaan Arab Saudi boleh ‘menutup’ Masjidilharam dan Masjid Nabawi serta Kaabah untuk aktiviti tawaf, maka bukan luar biasa bagi mana-mana masjid menghentikan sementara aktiviti termasuk solat berjemaah sebagai ikhtiar membendung wabak Covid-19. Malahan Malaysia juga sudah membayangkan kemungkinan itu sekiranya keadaan benar-benar terdesak seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Singapura dalam langkah terkini mengumumkan menutup semua 70 masjid mulai Jumaat (13 Mac) selama lima hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan dilaksanakan oleh khidmat pembersihan profesional. Berita Harian Singapura melaporkan, tiada…

Read More