Biar gambar berbicara

COVID-19 yang semakin merebak meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan harian. Sesetengah bandar utama lengang. Kawasan pelancongan sepi. Pusat membeli-belah ketiadaan pengunjung. Ada juga yang hilang pekerjaan atau terpaksa bercuti apabila produktiviti terjejas. Banyak acara yang melibatkan sukan, persidangan .dan sebagainya terpaksa ditunda atau dibatalkan. Sekolah dan universiti ditutup. Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang biasanya tidak putus-putus menerima tetamu juga dihadkan kehadiran jemaah. Begitulah kesan Covid-19 yang pastinya akan memberi kesan terhadap ekonomi. Gambar muka depan beberapa akhbar dunia ini dapat ‘menceritakan’ apa yang sedang berlaku.

Related posts

Leave a Comment