Pengkritik kini Exco

BELIAU pernah menangis di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya, Penanti di Parlimen Permatang Pauh. Banyak soalannya juga tidak dijawab malahan ditolak daripada satu Exco kepada Exco lain. Padahal, beliau wakil rakyat kerajaan (PKR). “Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Dr. Norlela Ariffin di DUN Pulau Pinang pada tahun 2015. Beliau pernah melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan…

Read More

Jejaki 5,000 hadapi Covid-19

BRUNEI Darussalam adalah antara negara ‘terakhir’ dalam kalangan anggota ASEAN yang turut terlibat dengan wabak koronavirus Covid-19. Berbanding dengan Malaysia, Singapura dan Filipina yang lebih awal berdepan wabak ini, kes yang dilaporkan di Brunei ’mempunyai sejarah perjalanan’ dari Malaysia. Kes melibatkan jemaah yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur mulai 27 Februari sehingga 1 Mac. Kes pertama di Brunei itu melibatkan pesara berumur 53 tahun. Beliau bersama tiga rakannya hadir di masjid Itu sebelum pulang pada 3 Mac melalui Miri, Sarawak. Pesara itu mula menunjukkan tanda-tanda…

Read More

PM9 : Apa lagi harapan Anwar?

Wawancara eksklusif  bersama Dr. Mahathir Mohamad yang disiarkan Sinar Harian 12 Mac 2020. Antaranya mengenai Anwar Ibrahim. Tidak ketinggalan Dr. Mahathir menyentuh soal Muhyiddin Yassin, peletakan jawatan beliau sebagai PM7, apa yang akan berlaku jika UMNO menarik sokongan, dan kebergantungan orang Melayu. Dr Mahathir juga tidak peduli bagaimana beliau mahu dikenang. Banyak lagi isu menarik. Dapatkan Sinar Harian hari ini.

Read More

Covid-19 pandemik – WHO

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan situasi penularan Covid-19 sebagai pandemik selepas membuat penilaian terhadap penularan dan kemudharatan wabak ini. Pandemik membawa maksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Ia merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi sempadan. Menurut Twitter rasmi WHO, pertubuhan itu telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya serta mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi. “Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa Covid-19 boleh dikategorikan sebagai…

Read More