Azam ganti Latheefa

TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa 9 Mac 2020.

Pelantikan Azam mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Beliau menggantikan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa hari ini, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang turut memohon memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya.

Latheefa berkata peletakan jawatannya adalah keputusan sendiri.

“Ia adalah keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan untuk berbuat demikian adalah tidak berasas. Niat saya adalah untuk kembali praktis sebagai peguam hak asasi, ” katanya.

Related posts

Leave a Comment