Covid-19 cecah 2,000 kematian

JUMLAH kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 2,000 orang apabila 136 kematian dilaporkan pada Selasa oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

Sebanyak 1,693 kes baru juga dikenal pasti di wilayah yang merupakan pusat penyebaran wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada lebih 75,000 kes

Secara global, jumlah kematian sehingga kini adalah 2,007 termasuk  satu masing-masing di Filipina, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Perancis,

Kebanyakan kematian baru adalah di Wuhan,  ibu kota Hubei, di mana bermulanya  virus itu.

Related posts

Leave a Comment