Mati mandatori : Lihat jumlah mangsa pengedar dadah

MEMANG wajar undang-undang serta dasar berkaitan penyalahgunaan dadah dikaji semula. Matlamat akhir supaya pengedar dan penagih takut melakukan kesalahan. Benar ada yang tidak takut dengan undang-undang atau hukuman tetapi ketegasan itu tidak boleh dikendurkan. Justeru tidak hairanlah ada pihak tidak setuju hasrat kerajaan untuk menilai dan mengkaji semula hukuman mati mandatori bagi kes dadah. Menurut Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, undang-undang berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah itu dikaji mengikut kesesuaian trend kegiatan berkaitan dadah semasa. Ketika ini hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah hanyalah mati mandatori. Kononnya, hukuman itu terlalu keras. “Kita…

Read More

Covid-19 cecah 2,000 kematian

JUMLAH kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 2,000 orang apabila 136 kematian dilaporkan pada Selasa oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China. Sebanyak 1,693 kes baru juga dikenal pasti di wilayah yang merupakan pusat penyebaran wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada lebih 75,000 kes Secara global, jumlah kematian sehingga kini adalah 2,007 termasuk  satu masing-masing di Filipina, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Perancis, Kebanyakan kematian baru adalah di Wuhan,  ibu kota Hubei, di mana bermulanya  virus itu.

Read More

Singapura bantu rakyat hadapi kesukaran

SINGAPURA membentangkan Belanjawan 2020 semalam yang turut memberi fokus membantu rakyat mengharungi cabaran jangka pendek akibat kesan penularan wabak Covid-19 sekarang di samping mengurangi beban kos sara hidup. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat ketika membentangkan belanjawan itu mengumumkan Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai $4 bilion bagi mengekalkan pekerja dalam suasana ekonomi yang lemah serta membantu syarikat dalam aliran tunai. Sebanyak $1.6 billion diperuntukkan bagi Pakej Bantuan Keluarga yang akan membantu rakyat menangani kos sara hidup ketika ini. Setiap warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas…

Read More

Mengingati Hello Boss

ALFATIHAH buat mantan rakan sekerja Utusan, Allahyarham Zaidi Md Yusop @ Dee yang genap setahun kembali ke rahmatullah. Dee yang popular dengan kartun Hello Boss meninggal dunia pada 19 Februari 2019. Mungkin rakan-rakan sekerja masih ingat berita arwah dimasukkan ke Hospital Colombia Asia, Cheras, 7.15 pagi hari berkenaan selepas mengadu sesak nafas dan meninggal 15 minit kemudian. Selepas tarikh itu, tiada lagi karya terkininya yang menghiburkan pagi pembaca Utusan Malaysia. Hanya karya lama diulang siar bagi mengisi kekosongan itu sehinggalah Utusan Malaysia juga ‘mati’ meninggalkan bangunan dan nama. Dee telah…

Read More