Pertama di Mesir, Jepun

KEMENTERIAN Kesihatan Mesir mengumumkan kes pertama Covid-19 iaitu yang pertama disahkan di Afrika.

Dalam satu kenyataan, kementerian menjelaskan, pesakit itu bukan rakyat Mesir, tanpa menyatakan kewarganegaraannya.

Sementara itu, Jepun semalam mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan Covid-19 di negara itu

Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata, mangsa, wanita berusia 80-an yang dirawat di hospital sejak 1 Februari. Pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia namun disahkan menghidap Covid-19 setelah kematiannya.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat bagaimana mangsa mendapat virus tersebut, termasuk jangkitan antara manusia.

Mangsa dilaporkan tiada rekod pernah mengunjungi Wuhan atau kontak dengan pengunjung China.

Namun, media tempatan mendakwa wanita itu, seorang penduduk wilayah Kanagawa dekat Tokyo, dipercayai ibu mentua kepada pemandu teksi yang baru saja disahkan menghidap jangkitan itu.

Sehingga kini, Jepun mencatatkan 251 kes positif Covid-19. Empat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala 10 telah pulih dari virus berkenaan.

Related posts

Leave a Comment