Kematian kini 361

KUALA LUMPUR : China terus mencatatkan peningkatan kematian akibat wabak Coronavirus apabila dalam tempoh sejam yang lalu, 57 orang lagi dilaporkan meninggal dunia.

Jumlah kematian kini 361 orang yang melibatkan Wuhan dan sekitar wilayah Hubei. Kematian di luar China pula masih kekal seorang iaitu di Filipina. Jumlah kes jangkitan keseluruhan pula 17,390 orang di mana 17,205 kes adalah di China.

Sementara itu Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan Novel Coronovirus 2019 di Wuhan, China.

Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu – Tianjin – Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1 hingga 29 Februari 2020 dan Johor Bahru – Guangzhou – Johor Baru berkuat kuasa 11 hingga 29 Februari 2020.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Januari 2020 sehingga makluman selanjutnya.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

Related posts

Leave a Comment