Dikuarantin 14 hari

PUTRAJAYA: Semua warga Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China, berikutan penularan coronavirus (2019-nCoV), akan dikuarantin selama 14 hari, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Di samping itu, kru penerbangan dan pegawai kesihatan serta keselamatan yang membawa mereka pulang akan turut dikuarantin dan sepanjnag tempoh berkenaan, ahli keluarga masing-masing juga tidak boleh datang melawat. “Mana-mana individu yang menunjukkan gejala akan terus dibawa ke hospital rujukan sama ada Hospital Sungai Buloh atau Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang tiada gejala akan dibawa ke pusat pemantauan terletak tidak jauh dari Lapangan…

Read More

Kekang berita palsu

PUTRAJAYA 3 Feb. – Peranan yang dimainkan portal ‘Sebenarnya.my’ serta agensi-agensi berita rasmi kerajaan diharap dapat mengekang penularan berita palsu berkaitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementeriannya bertanggungjawab dalam memastikan penerangan dan maklumat penting yang benar dan sahih sampai kepada semua lapisan masyarakat terutamanya hebahan mengenai jangkitan itu. Menurut laporan Bernama, beliau memaklumkan setakat semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi portal ‘Sebenarnya.my’ telah menangkis dan menjelaskan hampir 30 berita palsu mengenai 2019-nCov yang disebarkan di internet. “Kita tidak mahu berita…

Read More

Kematian kini 361

KUALA LUMPUR : China terus mencatatkan peningkatan kematian akibat wabak Coronavirus apabila dalam tempoh sejam yang lalu, 57 orang lagi dilaporkan meninggal dunia. Jumlah kematian kini 361 orang yang melibatkan Wuhan dan sekitar wilayah Hubei. Kematian di luar China pula masih kekal seorang iaitu di Filipina. Jumlah kes jangkitan keseluruhan pula 17,390 orang di mana 17,205 kes adalah di China. Sementara itu Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan Novel Coronovirus 2019 di Wuhan, China. Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah…

Read More