Kenapa tiada khutbah khusus Coronavirus?

HARI ini sudah masuk Jumaat kedua isu coronavirus diperkatakan. Malahan kes jangkitan semakin meningkat khususnya di China. Begitu juga jumlah kematian yang mencecah 213 prang sementara negara yang terkesan meningkat kepada 23. Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengumumkan coronavirus sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak ke 18 negara.  Menurut data terbaharu WHO, sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan. Bagaimanapun 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan…

Read More

Kematian di China meningkat

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 213, selepas wilayah Hubei melaporkan 43 kematian terbaharu hari ini. Perangkaan terkini itu menandakan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari, walaupun pelbagai langkah pencegahan dilaksanakan Hubei sejak seminggu lalu. Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian, termasuk satu di luar Hubei. Hubei hari ini turut mengesahkan 1,220 kes terbaharu, iaitu peningkatan berbanding hari sebelumnya. Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan coronavirus yang telah mengakibatkan kematian lebih 170 orang di China sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak…

Read More