Tidak perlu hantar pulang

PUTRAJAYA 26 JAN. – Tiada keperluan untuk menghantar pulang pelancong dari Wuhan, China ekoran negara itu sudah mengeluarkan arahan sekatan penerbangan dua hala bagi destinasi yang dilanda wabak coronavirus baharu. Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia sudah menghentikan penerbangan bagi destinasi Wuhan, susulan larangan dikeluarkan Kerajaan China, sejak Khamis lalu. Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghentikan pengecualian visa yang diperuntuk kepada pelancong dari China. “Pihak China sudah mengambil tindakan melarang…

Read More

Nasi Lemak Antarabangsa

JIKA anda berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah menyorok di mana-mana gerai di Kampung Baru. Salah satunya gerai Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Gerai biasa-biasa saja di Jalan Raja Muda Musa, tidak jauh dari pintu gerbang Kampung Baru. Ada pelbagai lauk pilihan selain lauk biasa, bilis, sambal dan telur. Anda boleh pilih sotong, daging, ayam, paru dan sebagainya. Jom singgah. Rasa sendiri, bukan sekadar mendengar cerita orang.

Read More