Zuraida masih PKR

KUALA LUMPUR: Palsu! Begitulah penafian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad.merujuk kepada sebaran surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan beberapa borang keahlian Bersatu yang mendakwa ada permohonan Zuraida bagi menyertai parti itu.

Tegasnya, penularan surat berkenaan adalah palsu dan bertujuan mengeruhkan lagi suasana politik.

“Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini, “ katanya.

Related posts

Leave a Comment