Shahrir, Ahmad Maslan didakwa

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan tidak mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak. Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, Shahrir dituduh membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan…

Read More

Zuraida masih PKR

KUALA LUMPUR: Palsu! Begitulah penafian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad.merujuk kepada sebaran surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan beberapa borang keahlian Bersatu yang mendakwa ada permohonan Zuraida bagi menyertai parti itu. Tegasnya, penularan surat berkenaan adalah palsu dan bertujuan mengeruhkan lagi suasana politik. “Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti…

Read More