Berdepan catuan air

19.01.2020 : Rakyat Kedah mungkin berdepan catuan air jika masalah bekalan akibat cuaca panas berterusan, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr A Xavier Jayakumar. Sehubungan itu, beliau menyarankan, kerajaan negeri menggunakan telaga tiub yang dibina di beberapa kawasan di Kedah sebagai langkah awal bagi mengatasi kekurangan air. Katanya, langkah segera perlu dilakukan seperti mengingatkan orang ramai berjimat dan mengelakkan pembaziran. “Langkah penjimatan perlu sebelum kerajaan melakukan kaedah pembenihan awan,” katanya selepas lawatan ke loji rawatan kumbahan di Pantai Tengah, Langkawi. hari ini. Sebelum itu, Lembaga Kemajuan Pertanian…

Read More

Majoriti BN meningkat

KIMANIS 18 Jan. : Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dengan majoriti 2,029 undi. Calonnya, Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima 10,677 undi. Proses pengundian yang berakhir pukul 5 petang melibatkan 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi di kesemua 19 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka tepat pukul 7.30 pagi. PRK ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada Pilihan Raya Umum 2018 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya…

Read More