KIMANIS 18 Jan. : Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dengan majoriti 2,029 undi.
Calonnya, Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima 10,677 undi.
Proses pengundian yang berakhir pukul 5 petang melibatkan 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi di kesemua 19 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka tepat pukul 7.30 pagi.
PRK ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada Pilihan Raya Umum 2018 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya yang sepatutnya.
Pada PRU lepas, Anifah yang mewakili BN menang tipis dengan 156 undi majoriti selepas meraih 11,942 undi, sementara Karim yang turut bertanding ketika itu, meraih 11,786 undi.
Kempen PRK ini bermula pada 4 Januari lalu dan berlangsung selama dua minggu.