Sektor Pertanian ‘Antara Dua Ramadan’

APABILA Salahuddin Ayub melangkah masuk ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23 Mei lalu, penulis terkenangkan peristiwa yang sama pada 12 Mei 1986, kebetulan juga pada bulan Ramadan. Ketika itu Sanusi Junid (Allahyarham) memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertanian. Selak mengalu-ngalukan kehadiran Salahuddin di kementerian berkenaan. Semoga sumbangannya kepada kementerian itu dapat dimanfaatkan. Hadirlah dengan idea-idea yang dapat meningkatkan lagi sektor ini. Tidak dinafikan, beberapa menteri yang menerajui kementerian ini sejak beberapa tahun lalu telah menunjukkan kesungguhan dan mencapai kejayaan yang baik. Mereka termasuklah Muhyiddin Yassin, Mustapa Mohamed, Noh…

Read More

Ubah, berubah, demi kelangsungan politik

UBAH, berubah dan perubahan. Begitulah hasil Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Rakyat telah mengam­bil keputusan untuk menyahut seruan ubah yang digerakkan oleh parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Harapan (PH). Akibatnya kedudukan Barisan Nasional (BN) berubah. Keyakinan berubah menjadi kekecewaan yang amat pahit ditelan dan sukar dipercayai. Pe­rubahan besar melanda sehingga ‘kapal’ BN kini senget dan hampir tenggelam. Siapa sangka BN ga­gal meneruskan pentadbirannya di Putrajaya walaupun wakilnya memenangi kerusi Putrajaya. Berbanding Pas yang sudah biasa dengan kalah menang, UMNO atau BN tidak pernah merasai kekalahan seumpama ini.…

Read More

Bertaut selepas Malaysia memilih

TANPA menggunakan seba­rang petua, kesan dakwat di jari telunjuk kini semakin pudar. Selepas empat hari dicelup sebagai tanda mengambil bahagi­an dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kesan itu beransur hi­lang. Sehari dua lagi akan lenyap. Menghilangkan kesan dakwat itu tidak semudah menghilangkan kesan PRU yang akan terus dira­sai untuk tempoh tertentu. Ramai juga yang ‘terluka’. Luka itu tidak dapat dilihat seperti kesan dak­ wat di jari. Setiap orang terutama pihak yang tewas amat terkesan dengan keputusan PRU pada 9 Mei lalu. Sambutan ulang tahun UMNO (11 Mei) berlangsung dalam sua­…

Read More

Semoga satu hari itu ditunjukkan kebenaran

APAKAH kejutan atau sera­ngan mengejut yang akan dilakukan oleh parti-parti politik menjelang hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok? Semua parti politik sudah tentu mempunyai ‘senjata’ terakhir untuk mendapatkan undi menjelang hari pe­ngundian pada Rabu ini. Dalam sehari dua yang lepas pun banyak kejutan dilaku-kan. Orang politik akan melakukan apa sahaja untuk mencari simpati pada saat-saat akhir. Sesuatu yang tidak terlintas di fikiran mereka untuk melakukannya sebelum ini akan dilakukan untuk meraih simpati golongan tertentu. Tidak dapat dinafikan, kempen kali ini memang panas dan hebat dengan kemunculan beberapa…

Read More