Bertaut selepas Malaysia memilih

TANPA menggunakan seba­rang petua, kesan dakwat di jari telunjuk kini semakin pudar. Selepas empat hari dicelup sebagai tanda mengambil bahagi­an dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kesan itu beransur hi­lang. Sehari dua lagi akan lenyap. Menghilangkan kesan dakwat itu tidak semudah menghilangkan kesan PRU yang akan terus dira­sai untuk tempoh tertentu. Ramai juga yang ‘terluka’. Luka itu tidak dapat dilihat seperti kesan dak­ wat di jari. Setiap orang terutama pihak yang tewas amat terkesan dengan keputusan PRU pada 9 Mei lalu. Sambutan ulang tahun UMNO (11 Mei) berlangsung dalam sua­ sana muram berbanding sambu­tan yang sama tahun lalu dengan ‘gelombang merah membara’ atau ‘kebangkitan UMNO’ di Sta­dium Nasional Bukit Jalil.

Ketika sempat meninjau majlis itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelihatan wajah-wajah pemimpin­ yang tidak ceria termasuk mereka yang menang. Kehadiran anggota termasuk yang bertaraf pemimpin juga bukanlah sesuatu yang menggalakkan. Mungkin­ masih­ terkejut. Begitulah kesan­ keputusan luar biasa PRU kali ini yang menimbulkan pel­bagai kejutan. Tidak­ hairanlah sehingga ke hari ini, ada lagi cerita politik hasil keputusan PRU itu. Memang teramat besar kesannya. Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) dapat menerima realiti kekalahan kepada Pakatan Harapan (PH) tanpa menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tidak ada demonstrasi atau bantahan terhadap SPR. Mereka dapat menerima hakikat akan menjadi pembangkang yang baik di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kecuali Perlis dan Pahang yang memihak­ kepada BN dengan se­lesa, ada juga negeri yang ‘ter­ikat’ keputusannya sehingga me­merlukan sokongan parti lain bagi membentuk kerajaan de­ngan majoriti mudah. Sama ada keputusan berpindah parti atau lebih popular dengan istilah­ ‘lompat’ dianggap belot, potong­ kawan atau melanggar prinsip­ perjuangan, apa yang penting pembentukan sesebuah kerajaan­ itu perlu berjalan lancar. Pe­nangguhan penubuhan kera­jaan­ akan menyebabkan banyak urusan­ terganggu. Benar, lumrah politik,­ apabila berlaku sesuatu ma­ salah, ada yang cepat-cepat mahu ‘mencuci tangan’ atau menuding jari mencari silap di sana sini. Padahal mereka inilah yang suatu masa dulu jika ditolak tidak rebah. Tidak ramai yang akan tampil mengakui kesilapan diri sendiri. Kata orang, apabila pokok tumbang, beruk yang ghairah bergayut ke sana sini dari satu dahan ke satu dahan akan turut lari mencari pokok lain yang lebih selamat. Begitulah lumrah kehidupan walaupun tidak semuanya berpendirian sedemikian.

Menyelak kembali pembentu­ kan kerajaan negeri ini, terdapat beberapa orang yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang melompat menyer­tai parti lain dengan alasan untuk membantu pembentukan kera­jaan. Keputusan mereka tidak salah atau bertentangan dengan undang-undang SPR. Situasi ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana pernah berlaku. Cuma pada kali ini agak ramai berbuat de­mikian. Khabarnya masih berlaku tawar menawar untuk memasti­kan pembentukan kerajaan yang benar-benar berwibawa sama ada di peringkat negeri atau Pusat. Mungkin minggu ini dapat sele­sai semuanya dan masing-masing dapat melakukan tanggungjawab yang diamanahkan.

Biarlah orang politik menye­lesaikan masalah mereka setelah rakyat ‘mengotorkan’ jari mereka untuk memilih. Biarlah pembentu­kan kerajaan sama ada melibatkan barisan menteri Kabinet atau exco kerajaan negeri dapat diselesaikan dengan segera. Biarlah orang poli­tik membuat perkiraan mengikut kesesuaian. Matlamat mereka biar jelas dan ikhlas untuk kepenti­ngan rakyat, bukannya melepas tengkuk sendiri atau demi kesele­saan dan kelangsungan hidup. Di Kedah kedudukan PH bertambah lega apabila dua orang wakil rak­yat BN menyertai kerajaan negeri pimpinan Mukhriz Mahathir; di Perak juga sama apabila seorang wakil BN turut berhijrah kepada PH; di Sabah, Warisan membentuk kerajaan apabila wakil UMNO dan UPKO turut melompat menyebab­ kan BN kehilangan peluang. Pas pula membentuk kerajaan negeri dengan selesa di Kelantan dan Terengganu tanpa mengharapkan penghijrahan wakil rakyat lain.

Tindakan itu walaupun men­dapat pelbagai pandangan sama ada berbentuk kecaman atau sokongan, semuanya terpaksa menerima hakikat warna warni politik masa kini. Adakah pada masa akan datang, sesiapa sahaja boleh bertanding tanpa mewakili parti politik? Selepas bertanding, kumpul semua yang menang dan bentuk kerajaan. Bolehkah be­gitu? Ketika itu tidak ada lagi isti­lah lompat-melompat atau meng­gadaikan prinsip perjuangan­ dengan pelbagai alasan untuk meyakinkan para pengundi yang mengundi mereka. Biarlah masa yang menentukan.

Hari ini juga selepas bercuti panjang, penjawat awam teru­tamanya akan kembali bekerja. Kehadiran mereka hari ini sudah tentu berbeza kerana mendapat ‘majikan’ baharu. Bagi yang ber­jawatan tetap akan kurang sedikit tekanan, mungkin sekadar ber­ubah posisi atau paling tidak ber­tukar ke tempat lain. Bagi yang bekerja secara kontrak atau mem­punyai kaitan dengan agensi ter­tentu yang melibatkan hubungan terus dengan kerajaan Perseku­tuan, mungkin sedikit tergugat. Mereka ini mula memikirkan ten­tang kemungkinan hilang peker­jaan apabila orang yang disokong selama ini tidak lagi menjadi ‘ma­jikan’. Semoga golongan pekerja sebegini tidak menjadi mangsa PRU. Jangan biarkan mereka se­perti anak ayam kehilangan ibu lebih-lebih lagi menjelang Rama­dan dan disusuli Hari Raya Aidil­ fitri. Janganlah bertindak seperti­ ‘enau dalam belukar’.

PRU adalah untuk memilih kerajaan dan jangan kerananya rakyat menjadi mangsa. Kalah menang adat pertandingan­ dan puncanya pelbagai. Kekalahan tidak bererti hilang segala-gala­nya dan yang menang pula be­lum pasti mendapat semuanya. Dalam politik, sebarang kemung­kinan boleh berlaku. Kalah me­nang PRU kali ini juga menjawab persoalan Rais Yatim sebelum ini. Selak masih ingat reaksi Rais berhubung kenyataan seorang pemimpin UMNO. Beliau berka­ta: “Belum tahu siapa jatuh dulu – entah pucuk entah pelepah daun. Itu kerja Tuhan,’’ Jelaslah, tidak ada siapa dapat menduga. Pucuk muda dipatahkan, dijadi­ kan ulam. Diharapkan apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Pemimpin perlu muhasabah. Masih ada masa untuk yang jatuh bangkit kembali. Perlu ada strate­gi. Mereka yang merasai sudah tiba masa untuk berundur, maka berundurlah. Berilah peluang ke­pada pelapis. Jangan jadi seperti daun pelepah pisang yang ter­ paksa dicantas kerana tidak jatuh sendiri dan terbiar di pokok. Salah satu kaedah penjagaan pokok pisang adalah daun tua dibersih­ kan. Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas. Apa pun tindakan parti politik dalam memantap­kan perjuangan masing-masing,­ sekarang juga adalah masa untuk mereka kembali bersatu. Terlalu ramai yang terluka dan dilukai. Terlalu banyak penghinaan, ke­caman, fitnah, maki hamun dan sebagainya dihamburkan sepan­jang kempen PRU ini. Cukuplah! Usahlah terlalu berdendam.

Perasaan yang terguris mung­kin tidak semudah menghilangkan dakwat di jari. Begitu juga menghilangkan dakwat itu tidak semu­dah menghapuskan kesan nila yang merosakkan susu sebelanga. Hentikan penyebaran apa juga ba­han yang boleh mengaibkan orang lain, bangsa dan agama sama ada dalam bentuk kartun, lukisan, vi­deo dan sebagainya. Semoga PRU ini mengajar kita supaya jangan terlalu benci sehingga menghina dan jangan terlalu suka sehingga memuja. Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk mengukuh­kan kembali tali silaturahim.

UMA140518010C#

Related posts

Leave a Comment