Jangan sengketa politik, kita berdiri di atas ‘arang’

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dewan solat Mas­ jid Abidin, Kuala Terengganu untuk solat Jumaat minggu lalu, tertera di skrin dinding masjid tajuk khutbah Perpaduan Ummah: Biduk berlalu kiambang bertaut. Satu tajuk menarik yang turut dibincangkan di ruangan ini pada 5 Februari lalu. Jika minggu lalu, idea menulis isu perpaduan umat Melayu Islam itu timbul di Kota Bharu, Kelantan, kali ini cetusan itu datang dari Kuala Terengganu. Menyelak kembali tulisan minggu lalu bertajuk Hasilnya perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan, suka dijelaskan bahawa Selak hanya menyelak semula su­ara hati Dr. Mahathir Mohamad mengenai perpaduan. Suara hati itu satu peringatan yang baik untuk direnungi bersama dalam kalangan orang Melayu. Sama ada Dr. Mahathir sudah ‘memba­kar jambatan’ atau ‘menyebera­ngi jambatan’, itu perkara kedua kerana apa yang penting ialah se­ruan mengenai pentingnya­ men­jaga perpaduan Melayu supaya ia tidak diganti dengan perpecahan.

Diharapkan tidak ada mana-mana pihak yang cuba ‘memutar belit’ fakta itu. Walaupun suara hati itu sudah menjadi bahan se­jarah tetapi sejarah itu tetap pen­ting. Memang sejarah akan tinggal sejarah. Dalam hal berkaitan seja­ rah, Selak tertarik dengan kenya­taan seorang ahli panel Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN), Utusan Malaysia, RTM di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu pada Khamis lalu. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Khir: “Sejarah adalah antara ele­men penting yang boleh melihat masa depan dengan memahami apa yang berlaku di belakang kita”. Kesimpulannya fahami su­ara hati Dr. Mahathir yang ting­gal sejarah itu sebagai panduan untuk merangka perpaduan yang lebih kukuh pada masa hadapan, bukannya menghancurkan. Mem­bina perpaduan atau membina bangunan bukanlah satu kerja yang mudah sebaliknya memerlu­kan kesungguhan dan kepakaran. Masa yang lama diambil untuk merealisasikannya.

Bagaimanapun­ untuk memus­nahkannya amat senang, mampu dilakukan dalam sekelip mata. Andainya bangunan, teknologi boleh meranapkan dalam sekelip mata. Perpaduan pula boleh dimusnahkan dengan hanya kata-kata dan perbuatan yang boleh membakar semangat kebencian dalam masyarakat. Justeru ja­ ngan dibiarkan perpaduan rosak akibat sengketa politik. Biar apa pun yang berlaku, carik-carik bulu ayam akhirnya­ bercantum jua atau air dicencang tak akan putus. Jangan biarkan perpeca­han menyebabkan menang jadi arang kalah jadi abu. Jika itu berlaku selama mana kita boleh ‘berdiri di atas arang’ yang rapuh?

Isu perpaduan ini turut di­ bincangkan melalui mimbar Masjid Abidin. Mungkin di selu­ruh masjid atau surau di Tereng­ ganu yang melakukan solat Ju­maat akan membaca khutbah yang dibekalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu itu. Diharapkan tidak ada pula pihak yang berkata, itu khutbah politik seperti tular khatib mem­ baca khutbah gerhana bulan di Masjid Seberang Jaya, dalam ka­wasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Sebelum ini, khatib berkenaan pernah terlibat dengan­ politik tetapi jika yang disarankan itu untuk kebaikan, terimalah. Bagaimanapun khutbah Jumaat baru-baru ini tidak menyebut mana-mana parti atau orang poli­tik. Apa yang ditekankan supaya umat Islam mengelakkan perpe­cahan dan perbalahan yang akan merosakkan sistem pengurusan. Contohnya beberapa negara Is­lam seperti Iraq, Libya dan Syria yang dahulunya kaya dan aman tetapi kini kuasa luar mengam­bil kesempatan, kehidupan rak­yatnya tertekan dan sebahagian negara menjadi medan perang.

Menurut khutbah itu: “Haki­kat yang kita perlu sedari, bahawa umat Islam di negara kita sedang menghadapi cabaran dan ujian yang getir iaitu umat Islam dipi­sahkan melalui perbezaan ideologi kepartian yang membawa kepada berbilang kelompok yang merugi­kan kerana setiap kelompok masing-masing akan berada di bawah kepemimpinan yang enggan ber­temu dan bersatu. Budaya politik yang sedang berlaku sangatlah membimbangkan kerana setiap kelompok telah menjelmakan bu­daya assabiyah dan taksub yang melampau serta menganjurkan pemikiran bahawa kelompoknya sahaja yang benar dan kesetiaan kepada kelompoknya sahaja perlu diutamakan daripada kepentin­gan kelangsungan­ umat yang le­bih menyeluruh.

Akhirnya umat Islam terpe­rangkap dalam perlumbaan men­cari kesalahan dan mencari kele­mahan antara satu sama lain, baik kata-kata yang diungkapkan ma­ hupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret umat Islam jatuh ke lembah yang lebih rendah. Akibatnya, keu­payaan umat semakin lemah dan perpaduan hilang di hati umat”.

Dalam dunia politik, masing-masing parti mengakui kehebatan mereka. Apa yang dilakukan parti sendiri dikatakan betul tetapi perkara yang sama dilakukan pihak lain dianggap salah. Ada yang hanya pandai berkata-kata, bak kata orang sekadar menjual air liur tetapi kerana kepetahan berhujah, khalayak percaya. Be­gitulah politik.

Satu lagi peringatan melalui khutbah itu ialah perpaduan dan penyatuan umat adalah perkara yang wajib dilaksanakan atas se­mangat serumpun bangsa, sea­liran agama. Kesetiaan kepada perjuangan yang murni lagi suci haruslah mengatasi kesetiaan kepada individu atau kumpulan. Khutbah itu mengajak umat Islam supaya belajar daripada kesilapan dan ketelanjuran. Mereka perlu kembali ke pangkal jalan dengan melakukan­ pembetulan, harus bi­jaksana mengenali kawan dan tahu mengenal lawan. Elakkan sehingga berpatah arang, berkerat rotan se­baliknya menjiwai semangat kiam­bang, selepas perahu berlalu, iaitu biduk lalu kiambang bertaut. Umat Islam juga diperingatkan supaya menyemarakkan semangat­ silatu­ rahim dengan­ menghayati­ hakikat bahawa Melayu itu bangsa dan Islam itu agama.

“Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan­ Allah, Tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW itu ada­ lah rasul junjungan, al-Quran itu kitab pegangan secara bersama bersepakat, menghadap kiblat yang sama, melakukan ibadat, solat serta menerima orang-orang Islam sebagai saudara seagama yang berkasih sayang. Biarlah epi­sod sejarah panjang pertembu­ngan antara kelompok kepartian yang telah berlalu, tidak dijadi­ kan penghalang kepada perpa­duan. Jadikanlah apa yang telah berlaku sebagai sempadan untuk kita membina masa depan yang lebih cemerlang untuk ummah dan negara,”. Begitulah sepintas lalu pesanan khutbah itu kepada umat Melayu Islam.

Menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, sudah tentu parti-parti politik akan lebih ghai­rah menyusun strategi untuk memastikan kejayaan masing-masing. Bagi kelompok atau umat Melayu Islam, seperti disebut sepintas lalu minggu lalu, mereka sebagai majoriti mempunyai ban­ yak pilihan. Parti politik yang di­ anggap mewakili mereka adalah UMNO, Pas, PKR, PAN dan PPBM. Suatu masa dulu, hanya UMNO dan Pas yang bersaing hebat un­tuk memenangi hati pengundi-pengundi Melayu. Biar apa pun yang berlaku, jangan menang sorak kampung tergadai atau me­nang jadi arang, kalah jadi abu.

UMA120218010C#

Related posts

Leave a Comment