Peluang terbuka parti, rakyat perlu menang

BILA pilihan raya? Itu soalan pertama pemandu teksi ke­ tika saya di dalam kende­raannya pada Khamis, 22 Feb­ruari lalu. Saya menghulurkan kupon teksi dan menyatakan destinasi yang dituju iaitu, Ho­tel Istana. Saya peringatkannya, jangan salah tempat, jangan pula bawa saya ke istana (Istana Negara). Dengan selamba dia men­jawab kalau ke istana boleh jumpa Agong dan kemudian muncul soalan “Bila pilihan raya?” Secara kebetulan pula tujuan ke Hotel Istana adalah untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat (RTD) Pra PRU14 – BN kekal atau..??? Dia terus menambah: “Kata hari ni (22 Februari –…

Read More

Benarlah akhirnya mulut terkunci, tangan berbicara

SEKALI lagi, minggu ini Selak terpanggil untuk memperkatakan mengenai isu perpecahan dan perpaduan. Sejauh mana menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat terutama Me­layu Islam akan terpelihara? Adakah kempen yang bakal berlangsung boleh mencetuskan perpecahan? Kebiasaannya semasa kempen akan ada dakwaan, tuduh menuduh, maki hamun dan pelbagai ‘serangan’. Semuanya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati atau kemarahan masyarakat. Bukan sahaja yang ‘makan cili akan terasa pedasnya’ tetapi juga yang menjadi penyokong. Ketika ini pun ruang maya WhatsApp, Telegram, WeChat, Facebook dan sebagainya sudah memainkan peranan…

Read More

Jangan sengketa politik, kita berdiri di atas ‘arang’

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dewan solat Mas­ jid Abidin, Kuala Terengganu untuk solat Jumaat minggu lalu, tertera di skrin dinding masjid tajuk khutbah Perpaduan Ummah: Biduk berlalu kiambang bertaut. Satu tajuk menarik yang turut dibincangkan di ruangan ini pada 5 Februari lalu. Jika minggu lalu, idea menulis isu perpaduan umat Melayu Islam itu timbul di Kota Bharu, Kelantan, kali ini cetusan itu datang dari Kuala Terengganu. Menyelak kembali tulisan minggu lalu bertajuk Hasilnya perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan, suka dijelaskan bahawa Selak hanya menyelak semula su­ara hati Dr. Mahathir…

Read More

‘Hasilnya perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan’

SEMALAM, saya berpeluang berada di Kota Bharu, Kelantan, negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah. Suasana tidak banyak berubah. Selesai solat Subuh di Masjid Muhammadi, singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah. Seperti di pasarpasar lain, awal pagi begitu sibuk dengan peniaga mula membuka jualan. Memang meriah dengan pelbagai jualan termasuk hasil kampung seperti ulam-ulaman, buah-buahan, ikan sungai dan macam-macam lagi. Begitu juga gerai-gerai lain yang menjual barangan dapur, makanan dan pakaian di bangunan itu. Di sinilah nampak jelas orang Melayu begitu aktif dalam perniagaan, sama seperti di Pekan Rabu, Alor Setar,…

Read More