Selama mana teksi bermeter mampu bertahan

APA khabar pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang? Apa khabar Pak Long dan Pak Lang yang masih mencari rezeki sebagai pemandu teksi? Sudah lama Selak tidak bertanya khabar dan berbicara mengenai pemandu teksi. Kali terakhir Selak memperkatakan mengenai rakan-rakan teksi ialah pada 24 Oktober 2016 di bawah tajuk Bajet 2017 khabar gembira atau duka? Bajet 2017 memberi sedikit khabar gembira ketika pemandu-pemandu teksi sedang dilambung duka dengan kehadiran perkhidmatan e-hailing Uber dan Grab. Kerajaan mengumumkan geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu dengan peruntukan RM60 juta. Langkah…

Read More

Darah manis jangan bertukar kencing manis

PERNAH dengar darah manis? Biasanya dalam istilah kesihatan atau penyakit, kita hanya biasa mendengar mengenai darah tinggi atau kencing manis. Tidak ada darah manis. Istilah atau simpulan bahasa darah manis ini membawa maksud mudah mendapat bahaya dan kecederaan. Ia lebih kepada peringatan atau amaran supaya seseorang itu tidak melakukan perkara yang berisiko dan berbahaya. Darah manis sering merujuk kepada orang sedang bertunang yang perlu berhati-hati melakukan sesuatu kerja sebelum tiba hari perkahwinan mereka. Dalam tempoh pertunangan ini, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh pasangan berkenaan. Maka setiap tindakan dan perbuatan…

Read More

Eloklah Musang King bukan musang berbulu ayam

KELMARIN, saya menolak pe­lawaan seorang rakan dari Sabah yang mahu memberi anak pokok durian Musang King yang dihadiahkan kepada per­wakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO. Beliau menawar­kan anak pokok itu apabila saya bertanyakan mengenai hadiah is­timewa daripada Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Saya menjang­ka, beliau tidak mahu bersusah payah membawa anak pokok itu menaiki pesawat. Namun beliau mengubah fikiran dan membawa bersamanya pulang. Saya meno­lak tawaran itu kerana bimbang, tidak mampu menjaga hadiah itu dengan baik sehingga mungkin pokok itu layu dan mati. Seka­dar mengorek lubang dan tanam tidak ada masalah…

Read More

Fokus satu matlamat bukan ‘serampang dua mata’

MINGGU ini, sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menjadi tumpuan penggiat parti politik terutama UMNO. Di Dewan Merdeka akan berhimpun perwakilan UMNO dari seluruh negara (kecuali Sarawak). Perhimpunan Agung UMNO kali ini menjadi tumpuan kerana yang terakhir diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU-14). Ucapan dan perbahasan bukan sekadar menjadi tumpuan anggota UMNO tetapi juga parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka ingin melihat sejauh mana kekuatan parti itu dan apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pemimpin UMNO bagi memastikan kesinambungan parti pemerintah itu dalam…

Read More