Bantu KTMB hadapi saingan, cabaran di landasan

GERABAK kargo tergelincir lagi. Entah kali yang ke berapa. Insiden pada 23 November lalu berlaku selepas kejadian sama pada 21 Ogos lalu dekat Segambut. Maknanya berulang selepas tiga bulan insiden yang menyebabkan masalah kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu. Seperti biasa siasatan akan dilakukan sama ada perkhidmatan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Apakah punca­nya? Adakah kerana masalah teknikal atau kelemahan manusia? Jika landasan yang menjadi masalah, perbaiki segera supaya tidak berulang pada masa hadapan atau sehingga melibatkan tragedi ke atas tren membawa penumpang sama ada yang…

Read More

Jangan menang sorak kampung pula tergadai

SEMALAM, semasa menghampiri kawasan Stadium Titiwangsa, yang menjadi lokasi Persidangan Agung Tahunan Ke-8 Perkasa, seorang lelaki bertanya, agaknya siapa yang mereka akan sokong dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang? Soalan itu merujuk kepada parti yang akan bertanding pada PRU akan datang. Barisan Nasional (BN), Pas, PKR, DAP, Amanah atau PPBM. Saya hanya menjawab entahlah walaupun sebelum ini, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah membayangkan pertubuhan itu akan bertanding. Jawapan kepada persoalan itu amat mudah sekiranya kita selak semula di sebalik kenapa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ditubuhkan. Menyelak kembali penubuhannya,…

Read More

Selepas gelombang pertama, jentera perlu lebih bersedia

GENAP seminggu banjir kilat melanda Pulau Pinang. Kerja-kerja pembersihan masih dilakukan. Seperti banjir di ne­geri-negeri lain, bantuan dari luar terus mencurah-curah masuk. Saban hari ada sahaja bantuan yang diterima (seperti diperhatikan di kawasan saya di Seberang Perai). Sekurang-kurangnya akan sampai bantuan bekalan makanan. Begitu juga skuad mencuci yang turut melibatkan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) turut menggerakkan bantuan dengan menghantar Misi Bantuan Banjir YSS Alumni Disaster Management (ADiM). Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga turut membantu. Agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan negeri turut terlibat. Pada…

Read More

Bantulah rakyat marhaen Pulau Pinang hadapi banjir

SABTU malam, sebelum melelapkan mata, sepupu saya di kampung menghantar WhatsApp yang berbunyi lebih kurang: “Rumah dimasuki air banjir. Luar rumah hampir paras lutut’. Terdiam seketika membaca WhatsApp itu. Ia bukan khabar gembira se­perti mana gembiranya kakitangan kerajaan negeri menerima bonus RM2,000. Sejak empat lima tahun lalu, air banjir bertandang ke dalam rumah selepas hujan berpanjangan adalah satu perkara biasa tetapi apabila disebut paras lutut, mula timbul kerisauan. Apa sudah jadi dengan Kampung Guar Perahu? Tidak tidur lena dibuatnya pada malam itu. Rupa-rupanya, bukan saya seorang tidak tidur lena me­ngenangkan…

Read More