Teksi bermeter tidak guna meter masih jadi isu

PAK Lang dan Pak Long, dua orang pemandu teksi mula resah. Mungkin rakan-rakan yang lain juga sama. Makluman yang mereka terima, mulai 1 April ini, setiap kenderaan termasuk teksi yang menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan dikenakan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST). Kadar yang dikenakan sebanyak enam peratus. Jumlahnya mungkin tidak besar tetapi disebabkan namanya GST, itu yang menimbulkan keresahan. Pendek kata, jika dulu tiada caj tambahan seumpama itu, bulan April nanti akan ada. Maka mulalah timbul persoalan dalam kalangan pemandu teksi apakah kebaikan GST kepada…

Read More

Peluang Pasukan Transformasi UMNO Permatang Pauh

SEKALI lagi Permatang Pauh menjadi tumpuan. Pilihan raya kecil (PRK) bakal diadaka walaupun khabarnya ada usaha untuk memohon supaya wakil rakyat kawasan itu, Anwar Ibrahim diampunkan. Ketika ini, secara langsung atau tidak, sama ada UMNO atau PKR telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berkaitan PRK. Khabarnya Pemuda dan Wanita UMNO bahagian sudah pun bertemu bagi melakukan persediaan. Tidak seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang kosong berikutan kematian Nik Aziz Nik Mat, Barisan Nasional (BN) tidak boleh membiarkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dimenangi PKR tanpa saingan. Amat jarang, BN…

Read More

Isu harga seperti ‘bangau oh bangau’

MENYELAK kembali isu ‘harga naik’ atau ‘naik harga’, mungkin kita masih ingat­ apabila kerajaan me­ngambil langkah mengurangkan subsidi bahan bakar menyebabkan harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter pada September 2013. Ketika itu kebimbangan banyak pihak ialah mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Begitu juga apabila kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014. Harga gula naik 34 sen menjadikan sekilogram gula RM2.85. Sekali lagi timbul kebimbangan mengenai harga makanan dan minuman. Kenaikan tarif elektrik juga mendorong kenaikan harga barang. Pendek kata, setiap kali harga petrol, tarif…

Read More

Pemimpin MIC jangan buang masa

BERAKHIRKAH krisis dalaman MIC selepas Presi­ dennya, G.Palanivel mencadangkan untuk mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan dalam parti itu? Sekurang-kurangnya, cadangan itu menampakkan kesungguhan MIC untuk melihat krisis dalaman itu ditamatkan walaupun tempoh pemilihan mungkin mengambil masa. MIC dan krisis bukanlah satu perkara baharu. Penyokong ‘menyerbu dan menyerang’ serta membuat kecoh di ibu pejabat MIC berhampiran ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukanlah baharu. Jika ibu pejabat parti itu boleh bercakap atau berkata-kata seperti manusia, maka banyak yang akan diceritakan mengenai pergolakan yang berlaku di situ.…

Read More