Gula… Bukan sorok tetapi sekadar ‘simpan’

GULA. Di mana kau gula? Di kilang, di gudang pemborong, di stor peruncit/pekedai atau sedang ‘bersembunyi’ di kebanyakan rumah pengguna? Isu kekurangan gula muncul lagi. Di beberapa negeri, keadaan agak kelam kabut juga. Ada yang terpaksa menunjukkan sijil nikah dan ada pula perlu membeli barang bernilai RM100 sebelum layak membeli gula. Di kebanyakan pasar raya, pembeli dihadkan membeli dua peket atau dua kilogram sahaja sehari. Tetapi untuk mendapat bekalan lebih, ada juga yang menghantar satu keluarga membeli gula. Kalau suami isteri campur dua anak, maka dapatlah dibeli lapan kilo gula…

Read More

Mampukah ‘gas nyalakan api’ membakar semangat ahli-ahli MIC?

RABU lalu, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memohon liputan sidang akhbar Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan. Sidang akhbar itu diadakan sehari selepas S. Samy Vellu mengumumkan pelan persaraannya sebagai Presiden MIC. Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun mahu bersara dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya berakhir pada Mei 2012. Ketika menerima SMS sidang akhbar itu, apa yang terlintas pada fikiran penulis ialah sama ada Mugilan akan menyatakan sokongan kepada Presiden atau mendesak Samy Vellu cepat-cepat meletak jawatan. Akhirnya hasil sidang akhbar itu Mugilan mendesak…

Read More

Menanti ‘episod pkr’ dalam PKR

PAKAT keluar ramai-ramai atau ringkasnya pkr. Begitulah yang terjadi dalam sehari dua ini apabila ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu. Terkini, tentulah di cabang Ipoh Barat yang lumpuh atau terbubar apabila 19 daripada 25 ahli jawatankuasanya meletak jawatan. Nampaknya PKR seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai parti kian runtuh. Macam-macam alasan dan kata-kata yang menjelikkan dilemparkan oleh mereka yang meninggalkan PKR ini. Selaklah kembali sidang akhbar yang diadakan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan. Ini berbeza dengan DAP yang sudah pun menambah kerusi melalui pilihan raya kecil…

Read More

Banyak hari istimewa pada bulan Mei, ‘13’ amat sensitif

BANYAK cerita menarik dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sesi soal jawab dan perbahasan memang panas. Malahan sebelum persidangan dirasmikan oleh Tun Abdul Rahman Abbas, DUN sudah terasa panasnya. Ini berikutan kejadian siling di bahagian pemerhati dan media jatuh. Tidak pasti kenapa kejadian seperti itu berlaku. Dulu, pernah terjadi siling Dewan Rakyat bocor menyebabkan DAP mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan isu itu. Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika mencelah mengenai usul itu berkata: Bagaimana bangunan Parlimen yang diubah suai berharga RM100 juta boleh berlaku masalah sedemikian (bocor)’’. Ada juga…

Read More

Terima kasih LPKP atas penjelasan…tetapi masih ada kekeliruan

SEKALI lagi minggu ini, penulis menyambung bicara berkaitan pengangkutan awam iaitu teksi. Pastinya ada yang bosan selepas membaca Siapa peduli apabila Pak Lang dan Pak Long ditipu penumpang (19 April) dan Siapa edar risalah penguatkuasaan? LPKP atau orang ketiga? (26 April). Akhirnya persoalan itu terjawab. Siapa yang dimaksudkan ialah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Minggu ini, biarlah dijelaskan pendirian LPKP. Minggu lepas, 27 April, penulis menerima kenyataan daripada Unit Perhubungan Awam LPKP sebagai menjawab tulisan Selak keluaran 26 April. Pengerusi LPKP, Halimah Sadique juga memberi jawapannya. Terima kasih atas reaksi…

Read More