‘Selak, dedah, londeh’ jadi mainan politik

BAHAN Selak ini sepatutnya disiarkan minggu lalu. Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal ditambah pula lewat tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, bahan ini tidak sempat dihantar. Disebabkan bahan yang ditulis masih menjadi isu, eloklah dipersembahkan semula hari ini. Beginilah tulisannya. Setelah dua tahun ‘tersembunyi’ ibarat di dalam rumah yang pintunya bagaikan diselak rapat, tiba-tiba habis (mungkin ada lagi) semuanya diselak pada Rabu, 17 Mac 2010 di Dewan Rakyat. Zahrain Mohamed Hashim menyelak apa yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan pembentukan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR bersama wakil rakyat yang…

Read More

Apabila pencuri ‘bekerja di rumah’ orang pada waktu pejabat

DALAM kekalutan politik yang sedang berlaku sekarang tiba-tiba muncul cerita kononnya Musa Hassan akan meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Kontrak Musa sepatutnya berakhir pada September ini tetapi akhbar China Press melaporkan, Musa akan meletak jawatan menjelang Hari Polis pada 25 Mac ini. Kenapa secara tiba-tiba cerita itu muncul? Laporan itu bukannya cerita pemimpin politik mahu letak jawatan, dipecat atau mengisytiharkan keluar parti. Ia juga bukan cerita politik Ong Ka Ting dijangka bertanding jawatan Presiden MCA yang ditinggalkannya sebelum ini atau Ong Tee Keat akan mempertahankan jawatan itu. Sebaliknya ia…

Read More

Dua tahun selepas ‘tsunami politik’ 2008

HARI ini 8 Mac 2010 genap dua tahun ‘tsunami politik’ melanda negara. Seperti tsunami yang melanda Aceh yang tempiasnya dirasai di beberapa negeri di Malaysia pada 2004, gegaran tsunami politik 8 Mac 2008 masih dirasai. Ada beberapa ‘gegaran kecil’ yang melanda sehingga sekarang. Pertamanya tentulah gegaran di Perak sehingga BN kembali berkuasa selepas kerajaan DAP-Pas-PKR memerintah negeri itu selama hampir setahun tumbang. Ini diikuti baru-baru ini gelombang yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahli-ahli PKR pakat keluar ramai-ramai. Mereka termasuklah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau…

Read More

‘Pengundi hantu’ = calon ‘payung terjun?’

DALAM satu program televisyen baru-baru ini yang menampilkan tetamunya dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seorang pemanggil menyarankan hanya anak tempatan dibenarkan bertanding di satu-satu kawasan pilihan raya di negeri berkenaan. Contohnya, katakanlah diSerdang, biarlah anak Selangor yang bertanding di situ. Begitu juga kalau di Machang, turunkan anak Kelantan, di Sik pula bagi pada anak Kedah atau di Bagan, calonkan anak Pulau Pinang. Pendek kata, biarlah anak tempatan bertanding di negeri masing-masing. Mengikut peraturan sekarang, sesiapa sahaja boleh bertanding di mana yang difikirkan sesuai oleh parti yang mereka wakili. Bagi golongan…

Read More