Biar penganjur DSA bertindak

KUALA LUMPUR 6 Mei – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada penganjur untuk menjawab isu pembabitan pempamer yang menyokong Israel dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024. “Biar pihak penganjur bertindak balas mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian DSA dan NATSEC Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini. Beberapa pihak sebelum ini menggesa kerajaan melarang penyertaan dua syarikat yang didakwa terbabit dalam membekalkan senjata kepada tentera Israel. Mereka termasuk bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua…

Read More

Usir pempamer DSA sokong Israel

PUTRAJAYA 6 Mei – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan membenarkan syarikat-syarikat pembuat senjata yang menyokong Israel menyertai Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 seperti memperolok dan mempersenda usaha menentang kekejaman Tel Aviv. โ€Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam yang lain,โ€ katanya dalam satu kenyataan. Justeru, bekas Perdana Menteri itu meminta Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh. Berikut kenyataan Dr Mahathir ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐“ ๐’๐„๐๐‰๐€๐“๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š…

Read More

Gambar Agong : Jel sebulan denda RM3,000

HULU SELANGOR 6 Mei – Individu yang mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 4 Mei laluย dipenjara sebulan dan denda RM3,000. P. Ramasamy, 66, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Mahkamah mengarahkan Ramasamy yang bekerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan akan dipenjara…

Read More

Tidak wajar guna gambar Sultan Ibrahim

HULU SELANGOR 6 Mei – Pengarah Kempen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Ng Sze Han, berkata tindakan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam kempen adalah tidak wajar. Katanya, PH tidak pernah mengarah atau membenarkan tindakan mempamerkan gambar Sultan Ibrahim oleh mana-mana petugas kempen parti itu. “Kami mengambil maklum siasatan yang dijalankan polis mengenai perkara ini. Kami bersedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kenyataan itu merujuk kepada kepada laporan media mengenai insiden gambar Yang di-Pertuan Agong digunakan…

Read More

Lawatan dua hari Seri Paduka ke Singapura

SINGAPURA 6 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan. Ini merupakan Lawatan Negara yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong berangkat dari Istana Besar, Johor pada pukul 9.45 pagi dengan kereta diiringi dua Menteri Pengiring iaitu Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. Keberangkatan Seri…

Read More

OIC digesa tingkat usaha kerjasama

PUTRAJAYA ย 6 Mei – ย Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu meneruskan usaha dan meningkatkan kerjasama dengan semua negara dalam mencapai empat matlamat utama termasuk gencatan senjata serta-merta dan berkekalan di Gaza. Malaysia membuat gesaan itu melalui Kenyataan Negara yang disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Republik Gambia, yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menjelaskan, Malaysia juga mahu penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan. Di samping itu memastikan Israel dibawa ke muka pengadilan ke…

Read More

Siasat sehingga pelaku ditangkap

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Raja Muda, Tengku Amir Shah, mengecam sekeras-kerasnya serangan membabitkan pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim, yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah semalam. Justeru Sultan Sharafuddin selaku Penaung Selangor FC dan Tengku Amir Shah, sebagai Presiden Selangor FC menitahkan agar polis melakukan siasatan kejadian hingga akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap segera. Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office semalam, baginda juga bertitah mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis. “Baginda memandang serius…

Read More

UAE hantar 400 tan makanan ke Gaza

ABU DHABI: Hasil kerjasama rapat dengan American Near East Refugee Aid (Anera), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjaya menghantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza, yang dikhususkan kepada utara Semenanjung Gaza. Menurut agensi berita Emiriya,ย  penyampaian dan pengagihan makanan itu untuk menyelamatkan nyawa 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE untuk menyediakan bantuan dan menangani krisis kemanusiaan di Gaza. Menteri Kerjasama Antarabangsa, Reem Al Hashimy, berkata kejayaan penghantaran dan pengagihan bantuan ke Semenanjung Gaza dengan selamat, terutamanya utara Gaza menandakan peningkatan ketara dalam tindakan itu. “Kami tetap kekal komited dalam pendirian…

Read More

Tiada kes TTS dikaitkan vaksin AstraZeneca

JAKARTA: Suruhanjaya negara yang mengkaji kesan sampingan vaksin Covid-19 mengesahkan, tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom thrombocytopenia (TTS) yang dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca di Indonesia Rumusan itu hasil pemantauan aktif dan pasif oleh Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM). Dalam kenyataannya, Pengerusi suruhanjaya, Prof Hinky Hindra Irawan Satari berkata vaksin menjalani penilaian ketat menerusi pelbagai peringkat percubaan klinikal melibatkan jutaan peserta sebelum diluluskan. Pemantauan diteruskan sehingga selepas pengedaran. TSS adalah keadaan yang jarang berlaku dengan…

Read More