UMNO mahu tanding PRK Nenggiri

LIPIS 29 Jun –  Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai  Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, manakala Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi untuk PRK berkenaan.

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan demikian berkata UMNO akan meletakkan calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan yang dijadualkan diadakan pada 17 Ogos ini.

“UMNO melantik dua tokoh ini kerana Ahmad Jazlan adalah Pengerusi UMNO Kelantan dan Pengerusi Felcra, manakala Tengku Razaleigh adalah bekas Ahli Parlimen Gua Musang.

Ini sekadar cadangan, lagipun Barisan Nasional yang merupakan rakan gabungan PH sudah bertanding pada PRN15 (Pilihan Raya Negeri ke-15) lalu. Namun tidak salah jika diberikan peluang,” katanya pada perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis, di sini, hari ini.

Katanya, bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri untuk membuat keputusan.

Sebelum ini, Pengerusi PH Gua Musang, Asharun Uji pada 25 Jun lalu dilaporkan berkata, calon PH perlu diberi peluang bertanding dalam PRK Nenggiri.

Katanya, PH mempunyai senarai individu setempat yang layak diangkat sebagai calon wakil rakyat.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Bersatu berkemungkinan besar terus menggunakan logo Pas untuk calonnya yang bertanding pada PRK berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Kelantan,  Kamaruddin Md Nor, berkata keputusan mengenainya akan dibuat oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini, semua lapan calon Bersatu berkenaan bertanding dalam pilihan raya di bawah logo Pas-Bersatu.

“Kali ini, calon kita yang bertanding pada PRK Nenggiri akan menggunakan logo sama melainkan pemimpin PN memutuskan keputusan baharu,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment