SINGAPURA 2 Julai – Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang berumur antara 34 dan 82 tahun yang disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram. Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sembilan akan didakwa hari ini atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian manakala bakinya sedang disiasat. Dalam operasi bersama dijalankan dari 30 Jun hingga semalam, pegawai SPF dari pelbagai bahagian melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi yang membawa kepada penahanan 37 lelaki dan dua wanita. Pada masa sama, pegawai polis Malaysia turut menahan empat…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 02.07.2024
Azizi tolak Nenggiri mahu Gua Musang
KUALA LUMPUR 1 Julai – Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim sedia bertanding semula sekiranya beliau perlu mengosongkan kerusi Parlimen Gua Musang. Beliau akan mempertahankan kerusi disandangnya sekarang jika keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul kelak tidak berpihak kepadanya selepas hilang keahlian Bersatu, parti yang diwakili pada Pilihan Raya Umum lalu. Justeru beliau akan cuba meyakinkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bahawa beliau calon paling layak bertanding, sekali gus mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang yang disandangnya ketika…
Read MoreSiapa ‘dalang’ di sebalik jualan saham MAHB
KUALA LUMPUR 1 Julai – Seorang Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan diberikan berhubung ‘dalang’ di sebalik keputusan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, beliau menerima satu surat layang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan berkenaan. “Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) dan KWSP yang benar-benar ‘push the deal’ berkenaan MAHB ini. “Difahamkan individu ini, ada karakter pembuli dan ramai kakitangan KWSP tidak berani bersuara.…
Read MoreDr Mohd Sukki Mufti Pulau Pinang
TANJONG 1 Julai – Sahibus Samahah Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman memulakan tugas secara rasmi sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru pada hari ini, 1 Julai 2024. Susulan itu sesi ta’aruf Dr. Mohd Sukki bersama warga Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) berlangsung pagi ini Menurut catatan Facebook jabatan itu, Sahibus Samahah Mufti telah menyatakan hasrat untuk menerajui JMNPP dengan kasih sayang sebagai satu keluarga (teamwork) dalam mewujudkan suasana bekerja yang harmoni. Dr Mohd Sukki, sebelum ini adalah Profesor Madya di Unit Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Asing,…
Read MoreLarian kutip dana Parlimen Muar tamat
KUALA LUMPUR 1 Julai – Selepas tiga hari berlari sejauh 200 kilometer (km), inisiatif ‘Langkah Muar’ Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi ini. Inisiatif mengumpul peruntukan bagi Parlimen Muar itu menarik perhatian lebih 2,000 rakyat Malaysia untuk menderma. Ketika ditemui di luar Parlimen, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menzahirkan penghargaan kepada pihak yang sanggup menyumbangkan wang tunai kepadanya walaupun nilainya kecil. Beliau juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang…
Read MoreTidak berlebihan bahas polemik BlackRock
PUTRAJAYA 1 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak berlebihan membahaskan polemik isu BlackRock yang dikaitkan dengan rejim Israel sehingga merosakkan kepentingan negara. Beliau berkata, ia kerana pendirian kerajaan mengenai isu Gaza dan Palestin amat jelas serta ketara berbanding negara lain. “Pendirian mengenai Gaza ini, dalam sejarah dan ketimbang negara lain, kita antara paling jelas dan keras, janganlah tuntut lebih daripada itu, kita ini negara berkembang, kita lihat tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah, kita nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara,” katanya. Anwar menjelaskan…
Read MoreBerita pilihan….
60,000 terkepung, serangan berterusan
GAZA: Serangan dan pengeboman berterusan Israel terhadap daerah Shujaiya di Gaza, yang memasuki hari keempat, menyebabkan 60,000 penduduknya terkepung dengan nyawa mereka terancam. Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menganggarkan antara 60,000 hingga 80,000 orang perlu dipindahkan dari Shujaiya sejak pertempuran baru tercetus. Menurut laporan, puluhan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan kejiranan yang musnah itu, di mana tentera Israel melakukan serbuan dan memerangi pejuang Hamas yang didakwa berada di atas dan terowong bawah tanah. Tentera Israel melaporkan berlaku pertempuran di tengah Gaza dan selatan…
Read MoreMataf hanya untuk jemaah tawaf umrah
MAKKAH – Pihak berkuasa di Masjidilharam mula menguatkuasakan peraturan hanya jemaah umrah yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan berada di dataran Kaabah atau mataf. Menurut laporan Inside Haramain, peraturan itu susulan berakhirnya musim haji 1445H baru-baru ini. Sebelum ini peraturan itu bertujuan mengurangkan kesesakan di mataf serta bagi memudahkan jemaah umrah melakukan tawaf, rukun umrah kedua yang bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Berikutan itu ada jemaah lelaki yang menggunakan helah berpakaian ihram semata-mata untuk berada di dataran Kaabah atau mataf serta kawasan sekitarnya. Seorang pembimbing ibadat haji sebelum ini pernah…
Read More