Mataf hanya untuk jemaah tawaf umrah

MAKKAH – Pihak berkuasa di Masjidilharam mula menguatkuasakan peraturan hanya jemaah umrah yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan berada di dataran Kaabah atau mataf.

Menurut laporan Inside Haramain, peraturan itu susulan berakhirnya musim haji 1445H baru-baru ini.

Sebelum ini peraturan itu bertujuan mengurangkan kesesakan di mataf serta bagi memudahkan jemaah umrah melakukan tawaf, rukun umrah kedua yang bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Berikutan itu ada jemaah lelaki yang menggunakan helah berpakaian ihram semata-mata untuk berada di dataran Kaabah atau mataf serta kawasan sekitarnya.

Seorang pembimbing ibadat haji sebelum ini pernah mengingatkan tindakan berpakaian ihram tetapi tidak berniat umrah, kecuali hanya untuk tawaf sunat atau berada di mataf adalah salah dari segi adab.

Walaupun tawaf itu sah tetapi pada masa yang sama individu terbabit menipu dengan cara berpakaian ihram untuk membolehkan tawaf di mataf sedangkan pihak berkuasa sudah mewartakan arahan itu hanya untuk mereka yang berniat umrah.

Related posts

Leave a Comment