Kastam rampas 3.2 juta rokok seludup

KOTA BHARU 8 Julai – Operasi darat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan yang bermula 29 Jun hingga 5 Julai lepas berjaya merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta. Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata kesemua rokok berkenaan dirampas susulan penahanan sebuah lori 11 tan di laluan Jeli-Gerik. “Dalam operasi itu, kastam turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun namun telah dibebaskan dengan jaminan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di…

Read More

Zahid beri jaminan UMNO bertanding di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR 8 Julai – Jika semalam Amanah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK), UMNO juga mahu meletak calonnya sama ada pada PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU). Malahan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, seperti pilihan raya sebelum ini, UMNO akan mempertahankan kerusi berkenaan dan ahli serta pemimpin UMNO di Kuala Kangsar tidak perlu risau mengenainya “Kalau ada PRK pun memang saya hendak bagi UMNO bertanding. Bekerjasamalah yang di atas pentas dan di bawah pentas. Saya tahu, saya…

Read More

Tiada kerjasama selagi Hadi pimpin Pas

KUALA KANGSAR 8 Julai – UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Abdul Hadi Awang memimpin parti itu, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Abdul Hadi tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka. “Saya pernah berbincang empat mata dengan Abdul Hadi. Hari ini depan-depan setuju. Namun, keesokannya dia tukar. Setuju-setuju kemudian di belakang dia tukar kembali. Pas ini berbohong dari dahulu sampai sekarang. Selagi orang itu jadi Presiden, jangan harap kita bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam itu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO…

Read More

Sudah dapat rentak hadapi pilihan raya

KUALA TERENGGANU 8 Julai – Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata model gerak kerja kempen berbeza berbanding pilihan raya terdahulu antara faktor kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap. Beliau berkata gerak kerja jentera pilihan raya dan kerjasama tersusun petugas parti pelbagai latar belakang membabitkan Pas, Bersatu dan Gerakan selain sokongan pengundi bukan Islam membolehkan PN mengekalkan kerusi Sungai Bakap. “Saya rasa kami sudah mendapat rentak yang baik untuk hadapi pilihan raya akan datang,” kata Menteri Besar Terengganu itu kepada media pada Majlis…

Read More

PN semakin relevan, diyakini

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kejayaan Perikatan Nasional (PN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang turut meraih majoriti lebih tinggi membuktikan gabungan parti berkenaan semakin menjadi pilihan pengundi Melayu Islam di negara ini. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata PN menjadi semakin relevan dengan suara rakyat ketika ini dan masa depan serta bakal mengambil alih UMNO. “Suara UMNO sudah tiada, lesu dan lenyap. PN juga semakin diyakini dan dipercayai pengundi Cina, India dan Bumiputera lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam. Pada PRK itu, Abidin Ismail menang…

Read More

Pegawai kanan Hamas terbunuh

GAZA : Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin mendakwa pegawai kanan pentadbiran Hamas, Ehab al-Ghussein antara empat yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza. Ehab al-Ghussein, yang juga Timbalan Menteri Buruh dalam pentadbiran Hamas bersama tiga orang yang lain terbunuh dalam serangan berkenaan. Menurut perkhidmatan itu, sebelum ini pihaknya menemui empat mayat dan menyelamatkan orang ramai yang cedera selepas pesawat Israel mengebom sebuah bangunan sekolah yang melindungi sejumlah besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal di pinggir bandar Gaza. Tentera Israel pula berkata telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan risiko kepada orang…

Read More

Ganja akan kembali ke senarai narkotik

BANGKOK: Selepas dua tahun dikeluarkan dari senarai narkotik, Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai narkotik. Langkah itu diputuskan selepas jawatankuasa yang ditugaskan mengawal dadah haram bersetuju bahawa ia tidak boleh digunakan secara riadah. Menurut laporan Bangkok Post, semua ahli jawatankuasa itu bersetuju dengan prinsip bahawa ganja harus digunakan hanya untuk rawatan perubatan Laporan itu memetik kenyataan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Surachoke Tangwiwat. Jawatankuasa itu akan menyerahkan laporannya kepada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik minggu depan. Susulan kelulusan daripada agensi itu, jawatankuasa kemudian akan menggesa Pentadbiran…

Read More

Isu kaum, sentimen agama faktor kekalahan

MELAKA 7 Julai – Isu perkauman dan sentimen keagamaan yang dimainkan pembangkang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, antara faktor kekalahan calon Pakatan Harapan (PH). Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata isu kononnya Islam dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO menerima keputusan pengundi itu dengan hati terbuka dan akan memperbaiki setiap kelemahan untuk menghadapi PRK DUN Nenggiri tidak lama lagi. Katanya , isu yang dibangkitkan oleh pembangkang bukan saja…

Read More