Pegawai kanan Hamas terbunuh

GAZA : Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin mendakwa pegawai kanan pentadbiran Hamas, Ehab al-Ghussein antara empat yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.

Ehab al-Ghussein, yang juga Timbalan Menteri Buruh dalam pentadbiran Hamas bersama tiga orang yang lain terbunuh dalam serangan berkenaan.

Menurut perkhidmatan itu, sebelum ini pihaknya menemui empat mayat dan menyelamatkan orang ramai yang cedera selepas pesawat Israel mengebom sebuah bangunan sekolah yang melindungi sejumlah besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal di pinggir bandar Gaza.

Tentera Israel pula berkata telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan risiko kepada orang awam sebelum menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menggunakan bangunan sekolah itu sebagai “tempat persembunyian untuk merancang dan melakukan serangan” terhadap tentera.

Related posts

Leave a Comment