Sudah dapat rentak hadapi pilihan raya

KUALA TERENGGANU 8 Julai – Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata model gerak kerja kempen berbeza berbanding pilihan raya terdahulu antara faktor kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Beliau berkata gerak kerja jentera pilihan raya dan kerjasama tersusun petugas parti pelbagai latar belakang membabitkan Pas, Bersatu dan Gerakan selain sokongan pengundi bukan Islam membolehkan PN mengekalkan kerusi Sungai Bakap.

“Saya rasa kami sudah mendapat rentak yang baik untuk hadapi pilihan raya akan datang,” kata Menteri Besar Terengganu itu kepada media pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M Peringkat Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri mendakwa kemenangan calon PN jelas menunjukkan rakyat bijak menilai dan menolak kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, walaupun peratusan keluar mengundi kecil berbanding pilihan raya sebelum ini tetapi majoriti yang diperoleh calon PN lebih besar.

“Ada beberapa faktor kemenangan PN terutama berkait dengan testimoni rakyat yang menyatakan pendirian membantah pelbagai isu yang berlaku dalam negara.

“Isu air, subsidi diesel dan yang paling utama terangkum di dalam semua itu adalah kos sara hidup yang semakin menekan rakyat terutama. Itu punca utama dan isyarat awal pengundi menolak kepemimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment