Ganja akan kembali ke senarai narkotik

BANGKOK: Selepas dua tahun dikeluarkan dari senarai narkotik, Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai narkotik.

Langkah itu diputuskan selepas jawatankuasa yang ditugaskan mengawal dadah haram bersetuju bahawa ia tidak boleh digunakan secara riadah.

Menurut laporan Bangkok Post, semua ahli jawatankuasa itu bersetuju dengan prinsip bahawa ganja harus digunakan hanya untuk rawatan perubatan

Laporan itu memetik kenyataan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Surachoke Tangwiwat.

Jawatankuasa itu akan menyerahkan laporannya kepada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik minggu depan.

Susulan kelulusan daripada agensi itu, jawatankuasa kemudian akan menggesa Pentadbiran Makanan dan Dadah untuk meminda undang-undang berkaitan ganja dan menyediakan kriteria mengenai penggunaan tumbuhan itu.

Peraturan baharu itu dirancang untuk berkuat kuasa pada 1 Jan 2025.

Sejak 2022, berikutan tidak lagi mengharamkan ganja pada 2022, beribu-ribu

dispensari ganja dan perniagaan lain yang berkaitan dibuka di seluruh Thailand,  negara pertama di Asia yang berbuat demikian.

Sebelum ini,  Perdana Menteri, Srettha Thavisin mengarahkan pegawai mengambil langkah menyekat penggunaan ganja hanya untuk perubatan dan dasar pusingan U itu menimbulkan bantahan dalam kalangan kumpulan dan perniagaan advokasi ganja .

Mereka mengadakan perhimpunan dan mengancam memfailkan cabaran undang-undang terhadap perdana menteri.

Related posts

Leave a Comment